Harian Metro

Koleksi khas untuk aktiviti lasak

-

Penggemar sukan lasak atau individu aktif di pusat kecergasan sering kali dibelenggu masalah sukar mendapatka­n pakaian dan aksesori yang berkualiti dan sesuai dengan aktiviti dilakukan.

Kadangkala koleksi ditawarkan tidak menepati kehendak pelanggan yang rataratany­a mahukan pakaian yang selesa dan memudahkan pergerakan.

Berusaha memenuhi kehendak dan permintaan tinggi golongan itu, jenama tempatan 1337Gears tampil dengan koleksi pakaian dan aksesori yang direka khas untuk aktiviti lasak.

Menurut pengasasny­a Mohd Haikal Hamzah, rangkaian koleksi keluaranny­a iaitu 1337Gears Sojar Series, 1337Gears Signature

Series dan 1337Gears Patriot Series diyakini mampu menyelesai­kan permasalah­an yang membelengg­u berkaitan pakaian.

“Selain kualiti yang dijamin, rekaan dengan bercirikan tempatan adalah antara keistimewa­an koleksi ini berbanding yang lain.

“Harga bermula RM60 hingga RM135 bergantung kepada koleksi dan kami menawarkan saiz pakaian bermula XS sehingga XXL bagi memberi pilihan kepada pelanggan,” katanya.

Mohd Haikal berkata, selain pakaian untuk lelaki, pihaknya turut mengeluark­an pakaian dan aksesori untuk wanita.

“Saya menyasarka­n pelanggan dalam kalangan individu yang sering bersenam terutama di pusat kecergasan selain kepada mereka yang terbabit dalam pelbagai sukan lasak.

“Sejak ditubuhkan pada 2014 lalu, sambutan diterima amat menggalakk­an dan kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan koleksi yang kami tawarkan,” katanya.

Koleksi 1337Gears boleh didapati di Fitnutriti­ons Padang Jawa dan Kota Damansara.

 ??  ?? KOLEKSI pakaian jenama 1337Gears sesuai untuk individu lasak.
DIREKA khas dengan memberikan keselesaan maksimum.
KOLEKSI pakaian jenama 1337Gears sesuai untuk individu lasak. DIREKA khas dengan memberikan keselesaan maksimum.
 ??  ?? SESUAI dipakai ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan.
SESUAI dipakai ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan.
 ??  ?? KOLEKSI baju 1337Gears memberikan stail dan selesa.
KOLEKSI baju 1337Gears memberikan stail dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia