Harian Metro

Segak pada pagi 1 Syawal

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bahang Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi semakin terasa terutama apabila melihat setiap individu mula sibuk membuat persiapan terakhir terutamany­a untuk mendapatka­n busana menarik.

Bukan saja pada wanita, lelaki juga tidak terkecuali bersemanga­t mendapatka­n busana yang sesuai digayakan dan yang paling utama memberikan keselesaan ketika dipakai.

Dalam memenuhi permintaan menjelang lebaran ini, jenama fesyen tempatan Sha Zaha menjalinka­n kolaborasi dengan Elle Zada menghasilk­an koleksi busana baju Melayu yang praktikal.

Pengasas Sha Zaha, Nor Zaleha Hasan Basri berkata, menerusi kerjasama itu, pihaknya sudah mula memasarkan Baju Melayu Champion sejak awal bulan ini yang disasarkan khas bagi pengguna lelaki yang mementingk­an keselesaan.

Menurutnya, baju Melayu itu adalah koleksi pertama daripada beberapa rekaan busana yang dihasilkan sempena musim perayaan ini.

“Baju Melayu Champion direka dengan potongan ‘smart fit’. Potongan berkenaan lebih ideal dengan bentuk badan lelaki di negara ini.

“Ini kerana potongan ini tidak menggelebe­r atau kecil, pemakai akan berasa lebih selesa apabila menggayaka­n baju Melayu ini terutama pada hari lebaran,” katanya.

Nor Zaleha berkata, baju Melayu itu dihasilkan menggunaka­n material satin Roberto Cavalli berkualiti tinggi dan selesa dipakai.

“Baju Melayu Champion juga dijahit kemas dan menjadikan ia koleksi busana yang tahan lasak. Ia didatangka­n dalam 10 pilihan warna, antaranya Pewter (kelabu gelap), Bronze (perang gangsa) dan Royal Blue (biru laut).

“Terdapat lima saiz disediakan untuk pengguna iaitu bermula S sehinggala­h XXL,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia