Harian Metro

BERBAKTI DI DESA

Pelajar dapat keluarga angkat menerusi program BASISKA

- Amri Mutalib Gen.y@hmetro.com.my

Seramai 33 penuntut Kolej Rahim Kajai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengikuti program Baktisiswa Sukarelawa­n Rahim Kajai (BASISKA) kali ke-8 di Kampung Teluk Wang besar, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Shayuti Hasanuddin, 22, berkata program dijalankan bertujuan meningkatk­an taraf sosial dan kebajikan masyarakat di kawasan luar bandar melalui aktiviti kepada penduduk.

Pada masa sama meningkatk­an kesedaran dan memupuk semangat kesukarela­wan penuntut untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan terutama penduduk di luar bandar.

Program BASISKA yang dimulakan dengan pendedahan teknologi robotik (EDUBOTS) kepada murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Teluk Wang Besar itu dirasmikan Prof Madya Dr Roslee Rajikan, selaku Pengarah Pusat Pembanguna­n Mahasiswa dan Alumni UKM.

Selain itu Majlis Penyerahan Anak Angkat membabitka­n 16 keluarga angkat kepada penuntut kolej.

Menurut Shayuti, program anak angkat ini menjadi medium terbaik untuk penuntut berinterak­si dengan penduduk yang dijadikan keluarga angkat di samping memberikan khidmat bakti.

“Dalam program yang berlangsun­g selama tiga hari itu, mereka (penuntut) boleh menikmati keunikan kehidupan penduduk yang juga petani selain menjalin hubungan ukhuwah antara keluarga masingmasi­ng,”katanya.

Menyentuh mengenai pengalaman, Shayuti berkata kalau nak diikutkan dia memang menyimpan hasrat memiliki keluarga angkat.

“Aktiviti yang dirancang selama ini adalah suatu titik permulaan kepada saya untuk bertemu keluarga angkat. Rasa tertarik untuk menyelami cara kehidupan penduduk kampung.

“Saya anggap mereka begitu istimewa dalam hidup sama seperti keluarga sendiri. Memang pada mulanya agak janggal berhadapan dengan orang yang tidak pernah kita kenali.

“Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. itulah yang terjadi dalam hidup saya. Kini saya semakin serasi dengan keluarga angkat kerana mereka melayan seperti keluarga sendiri,” katanya.

Program dimeriahka­n lagi apabila penuntut didedahkan aktiviti sukan rakyat di tengah sawah padi.

Mereka berpeluang merasai pengalaman turun ke sawah di samping mengukuhka­n semangat kerjasama berpasukan.

Setiausaha Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Ibrahim Aakashah berkata program ini diharapkan mewujudkan hubungan yang akrab antara penuntut serta penduduk dalam suasana santai dan bersahaja.

 ??  ?? PENUNTUT merakam kenangan manis bersama keluarga angkat
PENUNTUT merakam kenangan manis bersama keluarga angkat
 ??  ?? AMALAN bergotong-royong memeriahka­n program.
AMALAN bergotong-royong memeriahka­n program.
 ??  ?? PENGALAMAN berada di sawah padi mengeratka­n hubungan.
PENGALAMAN berada di sawah padi mengeratka­n hubungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia