Harian Metro

Ubat kerinduan penuntut

-

Bubur lambuk turut diberikan kepada penduduk tempatan Pada masa sama, kami berpeluang menjelaska­n kepada masyarakat bukan Islam maklumat ringkas berkaitan Ramadan atas maksud dakwah mohd Muzzammil

RENCANA

DARI MUKA 1

Penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Durham University Mohd Muzzammil Ismail berkata, sekurangku­rangnya dengan program berkenaan dapat mengubat kerinduan penuntut yang tidak dapat menyambut Ramadan bersama keluarga di tanah air.

“Saya bersama enam rakan menggunaka­n duit poket untuk membeli bahan bubur lambuk yang dimasak secara bergotong- royong.

“Kami menyiapkan 80 bungkusan bubur lambuk dan diagihkan di kawasan tumpuan ramai, Newcastle Halal Stor iaitu tempat utama mendapatka­n barangan halal,”katanya.

Katanya, makanan itu tidak diberikan kepada rakyat Malaysia yang menetap di negara itu saja tetapi turut membabitka­n penduduk tempatan.

“Tujuan kami mengadakan program ini untuk menonjolka­n budaya Malaysia dengan memberikan bubur lambuk selain menghubung­kan ukhuwah sesama warga Malaysia yang semakin berkuranga­n di negara berkenaan.

“Pada masa sama, kami berpeluang menjelaska­n kepada masyarakat bukan Islam maklumat ringkas berkaitan Ramadan atas maksud dakwah.

“Ada bertanya bagaimana warga Malaysia berpuasa, malahan ada yang skeptikal apabila dinyatakan bubur lambuk itu diberi percuma,” katanya.

Mohd Muzzammil berkata, penerimaan baik yang ditunjukka­n oleh rakyat United Kingdom terhadap program berkenaan menarik minat mereka untuk mengadakan­nya lagi pada tahun hadapan,”katanya. -Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? MOHD Muzzammil (dua dari kanan) mengagihka­n bubur lambuk di Newcastle Halal Store, United Kindgom.
MOHD Muzzammil (dua dari kanan) mengagihka­n bubur lambuk di Newcastle Halal Store, United Kindgom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia