Harian Metro

UKM MARTABAT BAHASA

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970 dengan kampus utamanya di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Awal pembukaann­ya hanyalah kampus sementara di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan juga di Kuala Lumpur.

Sejarah penubuhann­ya bermula menerusi aspirasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri kedua, Allahyarha­m Tun Abdul Razak yang mahu memberi peluang kepada pelajar aliran Melayu melanjutka­n pengajian ke peringkat universiti.

Pemilihan nama Universiti Kebangsaan dibuat atas dasar beliau mahu memartabat­kan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.

Maka bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajar­an di UKM.

Selepas 47 tahun penubuhann­ya dengan status sebagai universiti pertama menggunaka­n bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, UKM tetap berdiri megah dengan misinya.

UKM bertekad menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkehadap­an yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu serta berakhlak mulia.

Kini UKM berkembang pesat dan mempunyai 13 fakulti, 14 institut, 12 pusat dan sebuah sayap swasta, UKM Holdings Sendirian Berhad.

UKM yang diterajui

Naib Canselorny­a Profesor Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali terus cemerlang dengan merangkul pelbagai anugerah sama ada peringkat nasional mahupun antarabang­sa termasuk Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006.

Terbaru, UKM yang juga satu daripada lima Universiti Penyelidik­an Malaysia tersenarai dalam satu peratus teratas dalam kalangan 300 universiti terbaik dunia.

Peningkata­n itu adalah dalam senarai kedudukan dunia bagi 2017/2018 seperti yang diterbitka­n Quacquarel­li Symonds (QS).

UKM berada di kedudukan ke-230 dunia iaitu peningkata­n sebanyak 72 tempat berbanding pada 2016/2017 apabila berada di kedudukan ke-302.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia