Harian Metro

174 DIAJAK

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Membeli-belah pakaian dan kasut baru adalah sebahagian daripada keseronoka­n menyambut Syawal bagi kanak-kanak selain mengumpul duit raya apabila berkunjung dari rumah ke rumah. Saat membeli kelengkapa­n berkenaan adalah waktu yang ditunggu-tunggu mereka kerana mahu memilih sendiri pakaian dan kasut idaman.

Oleh itu, menjelang hari raya ibu bapa insan paling sibuk menyediaka­n keperluan anak mereka dan keluar membeli-belah. Namun, bagi kanak-kanak yatim piatu atau ditinggalk­an keluarga di rumah kebajikan, hanya penjaga yang menjadi pengganti ibu bapa.

Bagaimanap­un, tidak semua rumah kebajikan dapat memenuhi permintaan anak jagaan mereka dan lazimnya persediaan menyambut hari raya dibuat secara ala kadar berikutan dana yang terhad. Tiada baju dan kasut baru untuk anak di bawah jagaan kerana apa yang penting keperluan makan dan minum untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

Bagi memberikan keceriaan kepada kanakkanak yang tidak bernasib baik, Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) membantu 174 kanak-kanak dari Kariah Masjid Hidayatul Muttaqin, Rumah Kasih Harmoni

Paya Jaras dan Madrasah Tahfiz Miftahul di Selangor membeli-belah persalinan baju raya baru di Pasar Raya Mydin USJ 1, Subang Jaya, baru-baru ini.

Presidenny­a Datuk Zainudin Abd Rahman berkata, yayasan memperuntu­kkan belanja antara RM150 hingga RM200 seorang kepada kanakkanak berkenaan untuk membeli dan memilih sendiri pakaian dan kasut raya menerusi program Ihya Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.

“Pihak yayasan mengeluark­an antara RM3 hingga RM4 juta setahun hasil kutipan dana daripada ahli PEKEMA untuk menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) membabitka­n pelbagai aspek bantuan kepada persatuan, rumah kebajikan, pesakit kronik, mangsa bencana alam dan suntikan modal kepada usahawan.

“Program membelibel­ah baju dan kasut raya untuk kanak-kanak adalah acara tahunan yayasan yang memasuki tahun kedua. Sebelum ini kami menganjurk­an majlis berbuka puasa untuk anak yatim dan miskin, namun kemeriahan­nya tidak sama seperti membeli pakaian raya.

 ?? FOTO ?? SERAMAI 174 anak yatim dan miskin bersama penganjur.
FOTO SERAMAI 174 anak yatim dan miskin bersama penganjur.
 ??  ?? MUHAMAD Azrie
MUHAMAD Azrie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia