Harian Metro

BELI BAJU RAYA

-

“Membeli-belah pakaian baru adalah sebahagian daripada keseronoka­n menyambut hari raya dan harapannya sangat tinggi bagi setiap kanak-kanak. Oleh itu, kami mahu kanakkanak yang kurang bernasib baik ini turut sama merasai kegembiraa­n membeli kelengkapa­n hari raya,” katanya.

Zainudin berkata, membeli pakaian raya juga mencipta pengalaman manis ketika kecil yang tidak dapat dilupakan kebanyakan orang sehinggala­h dewasa dan beliau sendiri terkenang detik tidak dapat membeli baju raya berikutan berasal dari keluarga susah.

Muhamad Azrie Khairul Faizi, 12, berkata ini adalah kali pertama dia menyambut hari raya tanpa bapa di sisi yang meninggal dunia setahun lalu akibat komplikasi tekanan darah tinggi.

“Selepas ayah tiada, orang lain pula yang temankan beli baju raya dan memang perasaan sangat berbeza apabila membeli baju raya tanpa ayah. Biasanya, kami akan meninjau banyak kedai yang menjual baju raya sebelum membeli.

“Ayah akan memberi pendapat mengenai pakaian yang dipilih termasuk kasut dan songkok. Dia juga suruh pakai sendiri baju yang dipilih kerana mahu saya berdikari,” katanya.

Bagi Ali Safarudin, 10, biarpun masih mempunyai ibu bapa namun keluargany­a tergolong dalam kumpulan berpendapa­tan rendah dan hanya berbelanja ala kadar untuk menyambut hari raya.

“Saya sudah empat tahun tidak dapat baju raya sebab ayah kata dia tiada duit untuk belikan yang baru. Setiap kali raya saya dan adik-beradik akan pakai baju lama, tapi sekarang saya sangat gembira dapat baju raya serta kasut baru,” katanya.

 ??  ?? ZAINUDIN (duduk kiri) dan ahli PEKEMA melayan anak yatim
memilih baju raya.
ZAINUDIN (duduk kiri) dan ahli PEKEMA melayan anak yatim memilih baju raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia