Harian Metro

Samsung pelengkap

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Produk berinovasi tinggi permudah kerja seharian di rumah

Diam tak diam, sudah lebih dua minggu umat Islam berpuasa. Pastinya persiapan menjelang lebaran juga semakin rancak supaya Syawal dapat diraikan dengan penuh kegembiraa­n bersama ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan.

Selain mengutamak­an juadah istimewa dan pakaian baru, mendapatka­n peralatan dapur dan rumah yang sesuai bagi kemudahan seharian seharusnya tidak diketepika­n.

Memahami situasi ini, Samsung Malaysia Electronic­s menceriaka­n hari lebaran kali ini dengan pelbagai perkakasan rumah termasuk peti sejuk dengan teknologi Triple Cooling, ketuhar HotBlast Smart, penghawa dingin Triangle Inverter, mesin basuh Front Load Addwash, penyedut hampagas robotik Powerbot dan televisyen (TV) terbaru QLED.

Bagi yang ingin mengemas rumah dengan kaedah vakum yang mudah, Samsung menyediaka­n produk vakum serba mudah iaitu Samsung PowerBot yang berkeupaya­an menghilang­kan kotoran lantai dengan senang.

Paling mengagumka­n, pengguna juga boleh menyambung­kan peranti berkenaan yang dilengkapi sensor pandangan penuh 2.0 dan sistem peta untuk pembersiha­n optimum itu dengan telefon pintar menjadikan­nya lebih pantas.

Samsung juga menawarkan peti sejuk menggunaka­n ciri unik tiga sistem penyejukan iaitu Triple Cooling yang direka khusus untuk gaya hidup moden.

Tripple Cooling dilengkapi dengan tiga sistem penyejat yang mempunyai aliran udara yang berasingan dalam peti sejuk dan bahagian sejuk beku seterusnya mengelak daripada masalah bau kurang menyenangk­an.

Ia mengekalka­n kelembapan sehingga 70 peratus supaya makanan yang disimpan tetap segar.

Samsung juga tidak melupakan segmen mesin basuh apabila mencipta inovasi baru dengan fungsi Addwash yang berjaya menyelesai­kan masalah untuk menambah pakaian cucian ketika mesin sedang digunakan.

Berikutan itu, mesin basuh Samsung Addwash Front Load mempamerka­n teknologi EcoBubble yang menghasilk­an buih membersihk­an kotoran pada pakaian 40 peratus lebih pantas berbanding buih detergen biasa.

Perkakasan ini sesuai untuk membasuh pakaian raya serta langsir yang dicuci.

Sementara itu, ketuhar HotBlast Smart Samsung memastikan makanan yang dimasak kekal dengan aroma dan rasa terbaik.

Penghawa dingin Triangle Inverter pula menambah kemasukan dan aliran udara yang memastikan tahap kesejukan 43 peratus lebih baik berbanding mesin biasa.

Menggabung­kan inovasi terkini, TV QLED Curved diilhamkan berdasarka­n keperluan dan kehendak pengguna yang mengingink­an pengalaman tontonan lebih mengujakan.

Ingin menonton program raya bersama keluarga dan tetamu? TV QLED dicipta menggunaka­n teknologi Quantum Dot bagi memberikan kesempurna­an pada kualiti gambar dan penghasila­n warna.

Q Colour yang menghasilk­an semua tona warna nampak lebih hidup dengan dengan 100 peratus warna padu manakala Q Contrast, Bold Contrast, malam dan siang serta Q HDR membuatkan butiran lebih jelas mengikut kemahuan individu.

Rekaan TV QLED turut dipertingk­at apabila menggunaka­n satu kabel yang datang dengan sistem satu alat kawalan jauh pintar bagi mengelak pengguna kehilangan beberapa alat kawalan seperti yang biasa berlaku.

Kini, aktiviti harian di rumah mampu dilakukan dengan lebih cepat dan mudah menerusi pelbagai produk berinovasi tinggi daripada Samsung Malaysia Electronic­s.

 ??  ?? TV QLED Curved. MESIN basuh Front Load Addwash.
TV QLED Curved. MESIN basuh Front Load Addwash.
 ??  ?? PETI sejuk dengan teknologi Triple Cooling.
PETI sejuk dengan teknologi Triple Cooling.
 ??  ?? RUANG tamu tampak lebih moden dengan TV QLED Curved.
RUANG tamu tampak lebih moden dengan TV QLED Curved.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia