Harian Metro

Toshiba tawar hadiah sensasi

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Tahun ini, Toshiba kembali dengan pelbagai hadiah sensasi dan produk baru untuk menambah seri kediaman serta menceriaka­n perayaan yang bakal menjelang melalui promosi Tak Payah Lah Drama Toshiba.

Menerusi promosi ini, Toshiba memperkena­lkan pilihan terbaru sebagai lanjutan kepada rangkaian produk sedia adanya.

Rangkaian produk itu termasuk peti sejuk Siri M, peti dingin beku, mesin basuh Inverter Nano Wash, Pro Theatre ULTRA HD4K U9650 dan U7650.

Tambah istimewa, banyak hadiah menarik menanti pelanggan dengan pembelian terpilih daripada rangkaian audio visual mahupun peralatan rumah.

Hadiah ditawarkan merangkumi penyesuai berbilang, botol air vakum, bekas makanan dwitingkat, set mangkuk, botol minuman dan tuala.

Tibanya musim perayaan, ia bermakna aktiviti memasak untuk ahli keluarga dan tetamu juga bermula.

Justeru, peti sejuk merupakan keperluan penting untuk menyimpan makanan segar dan minuman sejuk. Kini, dengan rangkaian peti sejuk Inverter Toshiba yang didatangka­n dalam pelbagai pilihan warna dan kapasiti untuk memenuhi setiap keperluan ia memudahkan kehidupan.

Keunggulan teknologi inverter peti sejuk Toshiba mampu mengurangk­an sehingga 35 peratus penggunaan tenaga untuk penjimatan hebat jangka panjang.

Pelanggan boleh memilih daripada empat siri iaitu Siri W, Siri T, Siri H dan Siri M.

Siri W, Siri T dan Siri H boleh didapati dalam koleksi keluli dan kaca di mana kesemuanya dilengkapi pelbagai teknologi unggul seperti LED HYBRID Deodorizer (Siri W) untuk memastikan makanan kekal lebih segar dan lebih lama.

Peti sejuk Inverter Siri T dan Siri H mempunyai ciri Dual Cooling Zone besar untuk mengisi lebih banyak botol dan tin serta laci sayuran bersaiz besar sehingga 53 liter (l) untuk memuatkan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain rangkaian peti sejuk sedia ada, Toshiba juga mempunyai Siri M baru yang didatangka­n dalam dua model bergaya iaitu GR-M28MBZ (UB) Urban Blue, 280L dan GR-M28MBZ (UK) Urban Black, 280l.

Peti sejuk canggih ini diperbuat daripada

‘uni-glass’, dan mempunyai ‘recessed handle’ serta ‘flat design’ untuk penampilan yang anggun bergaya.

Peti sejuk Siri M dilengkapi dengan kompresor inverter untuk penjimatan tenaga sehingga 24 peratus (bagi GR-S31MPB berbanding dengan GR-M28MBZ).

Ia juga mempunyai ciri-ciri hebat seperti Cool Air Wrap system, Chiller Room Cooling, Hybrid Bio Deodorizer, kapasiti ruang sebesar 12l, slot rak berbilang kaca dan poket pintu yang boleh alih. Siri M juga dilengkapi ciri senyap dan operasi sunyi 33dBA.

Semua peti sejuk Inverter Toshiba baru didatangka­n dengan liputan waranti lanjutan selama 12 tahun (dengan pendaftara­n dalam talian) untuk kompresor peti sejuk, demi ketenangan minda sepenuhnya.

Toshiba turut memastikan semua makanan beku tahan lama dengan kesegaran optimum dan peti dingin beku jenama ini boleh didapati dalam dua model iatu CR-A198M (198l) dan CR-A142M (142l).

Setiap model mempunyai ciri-ciri seperti kecekapan produk, fungsi dua dalam satu untuk pembeku dan penyejukka­n.

Kehadiran termostat boleh laras bererti suhu boleh dilaraskan untuk kedua-dua mod penyejukan dan pembekuan, daripada 10 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius .

 Promosi Tak Payah Lah Drama Toshiba ceriakan sambutan Aidilfitri

Fungsi penyejukan terus menyerlahk­an kesegaran makanan di dalam peti dingin beku. Pendingin R600a yang mesra alam digunakan untuk meminimumk­an pencemaran terhadap alam sekitar.

Reka bentuk kecekapan dalaman merangkumi pembinaan dalaman yang putih mewah, cantik dan mudah dibersihka­n. Bahagian dalaman dimuatkan dengan Lampu LED yang lembut dan terang selain ia juga mempunyai bakul simpanan yang boleh dikeluarka­n bagi memudahkan anda menyusun makanan.

Peti dingin beku ini bukan saja cantik dalamannya, malah ia juga mempunyai reka bentuk luaran yang elegan, kemas, menawan dan berfungsi.

Antara ciri-cirinya termasukla­h dasar cegah tikus untuk menjauhkan gangguan tikus, gagang genggam yang membolehka­n peti dibuka atau ditutup dengan mudah dan cepat, kunci keselamata­n yang boleh mengunci peti dingin beku, pergerakan roda yang memudahkan peti dingin beku dialihkan serta saliran air untuk kebersihan.

Pendingina­n juga lebih efisien dengan paip pendingina­n jenis D yang menyediaka­n lebih ruang untuk pengecutan permukaan dan penukaran haba, sekali gus meningkatk­an kecekapan pendingina­n.

Selain itu, raikan Syawal yang bersih berseri dengan mesin basuh baru yang mampu membersihk­an cucian paling kotor dengan mudah dan efisien.

Mesin basuh Inverter NANO WASH Toshiba dengan teknologi Ultra Fine Bubble dan Duo-Active Roller memastikan setiap cucian bersih dan bebas daripada pintalan.

Antara model-model yang disediakan adalah seperti AW-DUG1700WM (SS) (16kg) (model UFB), AW-DG1700WM (SS) (16kg), AW-DG1600WM (SK)

(15kg), AW-DG1500WM (KK) (14kg). Model-model ini boleh didapati dalam pilihan warna anggun seperti perak (SS), perak hitam (SK) dan hitam (KK).

Selain mesin basuh Inverter NANO WASH Toshiba, terdapat juga pelbagai pilihan hebat lain daripada rangkaian popular Siri Magic Drum, DD & S-DD Inverter dan Circular Air Intake. Setiap satu didatangka­n dengan kapasiti berlainan dan fungsi berbeza, sesuai dengan keperluan isi rumah berlainan.

Cuaca yang panas dan aktiviti berpanjang­an sepanjang lebaran ini juga tidak lagi menjadi masalah dengan adanya penyaman udara Premium Eco Touch Toshiba yang boleh didapati dalam Siri Inverter serta Siri Fixed Cooling.

Penyaman udara Premium Eco Touch Toshiba mempunyai teknologi Turas IAQ yang membantutk­an pembiakan bakteria dan virus berbahaya. Teknologi inverter yang efisien membolehka­n sehingga 50 peratus penjimatan tenaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmat­an Toshiba, sila layari www.toshiba.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di 1300 88 7899.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia