Harian Metro

Cipta kenangan raya sekeluarga

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Wangsa Walk Mall sedia dekorasi bawa pengunjung nikmati suasana kampung

Bertepatan dengan tema sambutan Syoknya Tradisi Raya, Wangsa Walk Mall tampil dengan gaya asli dan kontempora­ri menerusi dekorasi tradisiona­l yang menghiasi pusat beli-belah itu.

Dekorasi itu pasti membuatkan pengunjung mengimbas kembali kenangan indah menyambut raya di kampung.

Sempena lebaran ini, Wangsa Walk Mall menyediaka­n aktiviti menyeronok­kan untuk menambah keriangan sambutan itu.

Antaranya, Tarian Kebudayaan Melayu pada 10 dan 26 Jun, Drama

(11 dan 18 Jun), Tarian Raya (18 Jun), Pertunjuka­n

(24 Jun),

Tarian Dikir Tingkah (25 Jun) dan persembaha­n Muzikal Melayu (27 Jun).

Pengurus Besar MSL Properties Sdn Bhd Retail Mall MK Foong berkata, Syoknya Tradisi Raya adalah tema Wangsa Walk Mall untuk sambutan raya tahun ini yang menggabung­kan ciri-ciri asli dan kontempora­ri serta kenangan indah kehidupan kampung di negara ini.

Khusus untuk kanak-kanak turut diadakan Pertanding­an Batu Seremban Raya pada 10, 17 dan 25 Jun, Seni Pasir Raya (11, 24 dan 27 Jun, Peraduan Membuat Kad Raya (11 dan 26 Jun), Pertanding­an Mewarna Raya (12, 24 dan 27 Jun) dan Pertanding­an Kostum Raya Kanak-kanak pada 17 Jun.

“Ia mewujudkan suasana membeli-belah yang meriah untuk pengunjung.

“Luangkan masa dan ciptalah kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama ahli keluarga dan orang tersayang dengan berkunjung serta membeli-belah di Wangsa Walk Mall,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menebus dan memenangi hadiah Syoknya Tradisi Raya yang menarik di aras bawah di antara kedai Milano dan Secret Recipe mulai 1 petang hingga 8 malam setiap hari dari 27 Mei hingga 27 Jun ini.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA kampung jadi pilihan Wangsa Walk Mall. PERSEMBAHA­N tarian yang akan
diadakan di Wangsa Walk
Mall.
SUASANA kampung jadi pilihan Wangsa Walk Mall. PERSEMBAHA­N tarian yang akan diadakan di Wangsa Walk Mall.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia