Harian Metro

Rindu Syawal

 AEON anjur pelbagai aktiviti menarik sambut Aidilfitri

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Kehadiran Syawal yang bakal tiba dinantikan semua dan sempena Aidilfitri ini, AEON MALL meraikanny­a dengan pelbagai aktiviti menarik dan mengasyikk­an, selain menawarkan pengalaman yang pastinya membangkit­kan kenangan indah.

Dekorasi bertemakan Bazar Ramadan serta suasana hari raya yang ceria dan meriangkan menjadi pilihan AEON MALL khas buat pengunjung­nya.

Nikmati kemeriahan membeli-belah, dengan pilihan barangan kelengkapa­n hari raya yang menawan.

Bagi menyemarak­kan sambutan, pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai pertunjuka­n tradisiona­l di samping peluang menyertai pelbagai bengkel Do It

Yourself (DIY) dan permainan tradisiona­l istimewa.

Selain itu, pengunjung yang berbelanja RM180 dan ke atas dengan kombinasi maksimum dua resit bertarikh yang sama layak menebus sampul raya bercorak eksklusif.

Tambahan pula, setiap pembelian minimum bernilai RM250 pada hari minggu akan menerima balang 650 mililiter (ml) secara percuma manakala pada hujung minggu, pembelian minimum bernilai RM300 dengan kombinasi maksimum dua resit bertarikh yang sama akan mendapat balang 1000ml juga secara percuma

Sempena Hari Penghargaa­n AEON MALL, kedua-dua balang bersaiz 650ml & 1000ml akan diberikan secara percuma pada setiap Sabtu bulan ini, dengan pembelian minimum bernilai RM450 dengan kombinasi maksimum tiga resit.

Pelanggan juga menikmati diskaun 30 peratus di Taman Tema FANPEKKA apabila berbelanja RM50 (ahli AEON) atau RM80 (bukan ahli) dalam kombinasi maksimum dua resit bertarikh yang sama di mana-mana AEON MALL dan Gedung AEON yang mengambil bahagian.

Di samping itu, AEON MALL Shah Alam dan AEON MALL Kota Bharu, Kelantan, menyambut ulang tahun pertamanya dengan Peraduan Belanja & Menang, sehingga 30 Jun 2017.

Rebutlah peluang memenangi banyak hadiah menarik bernilai RM75,000, termasuk sebuah Proton baru dan 25,000 mata ahli AEON, apabila berbelanja serendah RM80 (ahli AEON) atau RM100 (bukan ahli) dalam kombinasi maksimum dua resit bertarikh yang sama di mana-mana kedai penyewa AEON MALL, termasuk Gedung AEON dan Food Avenue.

Bagi menyerikan Ramadan yang mulia, AEON MALL Tebrau City akan mengagihka­n bubur lambuk untuk pengunjung esok.

 ??  ?? DEKORASI bertemakan Bazar Ramadan serta suasana raya jelas terserlah di AEON MALL.
DEKORASI bertemakan Bazar Ramadan serta suasana raya jelas terserlah di AEON MALL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia