Harian Metro

Buah tangan tanda ingatan

-

 The Store tawar hamper dari RM50 hingga RM250

daripada RM50 hingga RM250 dan promosi ini berlangsun­g dari 25 Mei hingga 2 Julai depan,” katanya.

Tambah menarik, pelanggan berpeluang mendapat baucar hadiah percuma dengan pembelian hamper The Store dan Pacific yang siap sedia dibungkus (dalam satu resit). Contohnya, jika pelanggan membelanja­kan RM200 dan

ke atas, mereka akan mendapat baucar hadiah percuma bernilai RM10 manakala RM400 dan ke atas layak menerima baucar hadiah percuma bernilai RM20.

Dengan pembelian sebanyak RM300 dan ke atas untuk kawasan dalam lingkungan sekitar 10 kilometer (km) radius (satu lokasi sahaja), perkhidmat­an penghantar­an percuma akan diberikan

Namun, caj penghantar­an bernilai RM10 akan dikenakan bagi setiap 10 km untuk pembelian di bawah RM300 atau lokasi penghantar­an melebihi 10 km radius.

Promosi ini sah untuk hamper yang siap sedia dibungkus dan tempoh perkhidmat­an penghantar­an sehingga 22 Jun ini.

Bagi pemegang kad keahlian The Store (normal, emas atau platinum), Pacific (normal, emas atau platinum) dan MCard, mereka bakal menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun.

Bertemakan Meriahnya Raya, Kumpulan The Store menawarkan diskaun tambahan sehingga 70 peratus di gedung serbaneka sempena musim perayaan.

Ini termasuk pelbagai pakaian raya kanak-kanak dan dewasa sama ada kasual atau tradisiona­l berkualiti tinggi.

Kumpulan The Store juga mengadakan program penebusan buat pelanggan untuk memiliki lima reka bentuk gelas borosilika­t bakeware jenama Pyrolex reka bentuk Jerman yang sesuai untuk memanggang, membakar dan menghidang dengan nilai hebat.

Dengan pembelian RM50 dalam satu resit, pelanggan boleh mendapat satu pelekat percuma untuk membeli satu daripada reka bentuk gelas bakeware pada harga eksklusif bermula daripada RM22 saja.

Jika pelanggan mengumpul lima pelekat, mereka boleh membeli satu set (lima reka bentuk) pada harga RM179 berbanding harga asalnya, RM599.

Sementara itu, Kumpulan The Store menawarkan ganjaran hebat kepada pelanggan bertuah bernilai RM500,000 mulai 18 Mei hingga 3 September ini menerusi peraduan kemeriahan ulang tahun ganjaran menakjubka­n.

Peraduan itu tersedia untuk pelanggan membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan The Store dan Pacific atau RM30 dalam satu resit di cawangan Milimewa.

Dengan resit pembelian itu melayakkan pelanggan menyertai peraduan dan berpeluang memenangi hadiah utama, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta 1.5G dan hadiah bonanza, sebuah MPV Proton Ertiga 1.4 Executive.

Bagi ganjaran segera (hanya di The Store dan Pacific), pelanggan bertuah berpeluang memenangi kupon tunai bernilai RM100 apabila membelanja­kan RM50 dalam satu resit.

Keseluruha­nnya, Kumpulan The Store menyediaka­n RM360,000 kupon tunai untuk menghargai dan memberikan semula nilai hebat kepada pelanggan yang menyokong rangkaian perniagaan itu.

Layari laman web Kumpulan The Store di www.tstore.com.my atau laman sosial

Facebook di www.facebook.TheStoreMy­s untuk The Store dan www.facebook/PacificMys bagi Pacific untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? PILIHAN pakaian raya untuk seisi keluarga tersedia di pasar raya Kumpulan The Store.
PILIHAN pakaian raya untuk seisi keluarga tersedia di pasar raya Kumpulan The Store.
 ??  ??
 ??  ?? MILIKI koleksi gelas bakeware melalui penebusan dan jimat sehingga 70 peratus.
MILIKI koleksi gelas bakeware melalui penebusan dan jimat sehingga 70 peratus.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia