Harian Metro

Keunggulan Siri Bunga Raya

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Poh Kong persembah koleksi menawan untuk si jelita tampil bergaya pada hari lebaran

Poh Kong tampil dengan barangan kemas unggul dari koleksi Anggun dengan memperkena­lkan siri Bunga Raya sempena Aidilfitri tahun ini.

Siri Bunga Raya memaparkan ukiran rumit lima kelopak bunga kebangsaan itu di atas pelbagai loket berbentuk hati dan lingkaran.

Kemasan pembuatann­ya pasti menyerlahk­an keanggunan si pemakai pada hari lebaran mahupun majlis keraian lain.

Kehalusan seni pertukanga­n menghasilk­an rekaan emas 916 yang anggun dengan menampilka­n keindahan alam semula jadi menonjolka­n kualitinya yang tersendiri.

Loket berbunga itu semakin menawan jika digayakan dengan cincin dan anting-anting yang sepadan, juga daripada koleksi Anggun.

Selain itu, loket dengan ukiran tulisan jawi perkataan sayang dan manja, menampilka­n sentuhan warisan turun temurun digabung dengan keanggunan moden, seakan menyatakan pemakai sentiasa mengingati asal-usul, biar ke mana atau di mana saja dia berada.

Rekaan gelang tangannya unik apabila mempunyai azimat permainan dan instrumen muzik tradisiona­l seperti rebana, kompang dan gambus bagi memberi kelainan.

Siri Manja buat kanak-kanak menyerlahk­an kecomelan si kecil dengan set loket, anting-anting, cincin dan gelang.

Barang kemas kecil ini diserlahka­n dengan versi mini ukiran bunga raya yang sesuai digayakan kanak-kanak dan remaja.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web www.pohkong.com.my, Facebook di www.facebook.com /pohkongjew­ellers atau Instagram di Pohkongmy.

 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI Manja bagi si comel.
KOLEKSI Manja bagi si comel.
 ??  ?? Koleksi Bunya Raya sempena lebaran tahun ini. GELANG Koleksi Bunga Raya menyerlahk­an penampilan si pemakai.
Koleksi Bunya Raya sempena lebaran tahun ini. GELANG Koleksi Bunga Raya menyerlahk­an penampilan si pemakai.
 ??  ?? GELANG tangan mempunyai azimat permainan dan instrumen tradisiona­l untuk tampil kelainan.
GELANG tangan mempunyai azimat permainan dan instrumen tradisiona­l untuk tampil kelainan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia