Harian Metro

RM100,000 lesap

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Jutawan produk kecantikan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengamuk lagi. Kali ini lebih teruk apabila dia mendapat tahu beberapa pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barang berharga miliknya bernilai RM100,000.

Ini susulan penemuan satu resit kiriman wang ke Indonesia yang dipercayai dilakukan pembantu rumah wanita bernilai RM7,500 kelmarin.

Beliau kelmarin memuatnaik lima video menunjukka­n tindakanny­a menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman beliau mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh.

Malah, dalam satu video terakhir, jutawan itu turut menawarkan ganjaran bernilai RM5,000 kepada orang ramai yang dapat mengesan beberapa pembantu rumahnya yang melarikan diri disyaki terbabit dalam pakatan mencuri wang miliknya itu.

Video dirakam secara langsung di Facebook usahawan itu kelmarin memaparkan beliau mengamuk dan menyoal siasat pembantu rumahnya selepas dikesan mengirim RM7,500 dipercayai kepada keluarga di kampung.

Aliff juga mempersoal­kan pembantu rumahnya itu yang baru saja bekerja sebulan di kediamanny­a dan tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dihantar ke negara asal.

Bagaimanap­un, wanita warga Indonesia yang bekerja dengan Aliff dibayar gaji RM900 sebulan itu mendakwa dia tidak mencuri sebaliknya wang itu diberikan seorang pembantu rumah yang lain.

Wanita itu mendakwa wang berkenaan diterima daripada sebuah beg yang mengandung­i sejumlah wang dipercayai milik Aliff yang turut mengandung­i jam tangan dan cincin.

Difahamkan, resit yang

 Jutawan produk kecantikan berang pembantu rumah buat pakatan curi wang

ditemui ketika mengemas rumah itu bukanlah kiriman pertama kerana ia pernah dilakukan sebelum ini.

Dalam satu video di hadapan Balai Polis Sungai Buloh, pembantu rumah terbabit mengaku mengambil wang berkenaan yang diberikan pembantu rumah lain dan berkali-kali meminta maaf daripada usahawan berkenaan.

FAKTA Resit kiriman wang RM7,500 ke Indonesia

ditemui

 ??  ?? RAKAMAN video yang dimuat naik menunjukka­n Aliff Syukri menyoal siasat pembantu rumahnya.
RAKAMAN video yang dimuat naik menunjukka­n Aliff Syukri menyoal siasat pembantu rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia