Harian Metro

Jiranku hero

-

 Selamatkan tiga beranak daripada rentung

Tindakan pantas jiran menyelamat­kan tiga beranak daripada rentung selepas kediaman mereka di Kampung Serkam Darat, di sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Kebakaran jam 4.20 petang itu dikatakan bermula dari sebuah bilik di rumah kayu berkenaan sebelum merebak ke bahagian lain dengan pantas.

Saksi kejadian, Muhammad Razali Muhuyun, 35, berkata, ketika kejadian, dia yang berada di halaman rumahnya melihat kepulan asap hitam dari kediaman jirannya itu yang terletak hanya 10 meter.

Muhammad Razali berkata, pada mulanya dia menyangka ada penduduk membakar sampah namun berasa ada yang tidak kena sebelum bergegas ke rumah jirannya bagi melakukan pemeriksaa­n.

“Ketika menghampir­i kediaman itu, saya terdengar bunyi seperti kaca pecah, diikuti suara sayup perempuan meminta tolong dari dalam rumah.

“Saya cuba masuk menerusi pintu depan dan dapur, namun gagal kerana kedua-duanya berkunci. Risau ada mangsa terperangk­ap, saya tendang pintu itu, namun kaedah itu tidak banyak membantu.

“Mujur ketika itu saya lihat ada seorang kanak-kanak perempuan dan terus minta dia buka pintu dapur. Dia kemudian beritahu nenek dan seorang lagi kanak-kanak lelaki berada di dalam rumah. Jadi saya minta bantuan jiran lain untuk bawa keluar dua lagi mangsa,” katanya.

Katanya, cuaca panas dan kering sejak kebelakang­an ini selain rumah dibina menggunaka­n kayu menyebabka­n api marak dengan pantas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohd Asraf Mohd Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.30 petang.

Beliau berkata, operasi pemadaman membabitka­n 16 pegawai dan anggota dibantu dua jentera daripada BBP Merlimau dan BBP Padang Temu.

“Ketika tiba, api marak di bahagian depan yang menempatka­n ruang tamu dan empat bilik tidur.

“Kami tidak menolak kebakaran bermula dari sebuah bilik tidur sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya.

Menurutnya, pasukan forensik ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran manakala jumlah kerugian dianggarka­n kira-kira RM50,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia