Harian Metro

‘Mai kita buat lagi’

 Dr Vida berpuas hati kongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampu­an

- Mohd Hafizee Mohd Arop dan Razif Rosli am@hmetro.com.my

“Helo Harian Metro, dengar sini, mai kita buat lagi, kalau diberi peluang mesti saya nak lagi buat program ini dengan akhbar ini.” Itu reaksi Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Dr Vida.

Reaksi itu diberikan secara spontan oleh Dr Vida sebaik ditanya sama ada akan menaja lagi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena Ramadan selepas menjadi penaja utama TKHM yang diadakan di Masjid Jamek Baru Gopeng selama dua hari bermula kelmarin.

Dr Vida berkata, dia berpuas hati dengan program itu kerana dapat berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampu­an seperti anak yatim dan asnaf.

“Rezeki yang saya peroleh daripada penjualan produk, saya salurkan kepada golongan memerlukan dan bulan mulia ini memerlukan kita beramal dengan memberikan sumbangan.

“Saya sangat gembira apa- bila melihat keceriaan di wajah anak-anak ini dan berharap hari raya yang akan disambut nanti lebih bermakna kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an sumbangan kepada penerima di masjid berkenaan.

Turut serta, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Kelmarin, Dr Vida meluangkan masa setengah jam untuk bersama-sama 201 anak yatim dan asnaf memilih pakaian di Pasaraya Giant.

Manakala, semalam, Dr Vida turut sama menziarahi lima rumah di sekitar Gopeng untuk menyampaik­an sumbangan dan hadir pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada 201 anak-anak yatim dan 105 ibu tunggal serta asnaf di masjid sebelum bersama-sama berbuka puasa.

Menurut Dr Vida, dia gembira kerana dapat bertemu dengan anak yatim dan asnaf sekali gus berharap apa yang dimilikiny­a akan dijadikan pembakar semangat untuk mereka berjaya dunia akhirat.

 ??  ?? DR Vida bersama Mustapa (dua dari kanan) dan Pengerusi Titipan Kasih Harian Metro 2017 Othman Mamat (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak orang kurang upaya, Muhammad Zainil Iqmal.
DR Vida bersama Mustapa (dua dari kanan) dan Pengerusi Titipan Kasih Harian Metro 2017 Othman Mamat (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak orang kurang upaya, Muhammad Zainil Iqmal.
 ??  ?? KETUA Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie (dua dari kanan) menyertai gotong-royong memasak pada program Titipan Kasih Harian Metro di Masjid Jamek Baru Gopeng.
KETUA Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie (dua dari kanan) menyertai gotong-royong memasak pada program Titipan Kasih Harian Metro di Masjid Jamek Baru Gopeng.
 ??  ?? PETUGAS melapah daging kerbau pada program Titipan Kasih Harian Metro di Masjid Jamek Baru Gopeng.
PETUGAS melapah daging kerbau pada program Titipan Kasih Harian Metro di Masjid Jamek Baru Gopeng.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia