Harian Metro

5,000 bergabung mengaji 24 surah al-Quran

-

Putrajaya: Lebih 5,000 umat Islam ‘bergabung’ suara untuk mengaji 24 surah al-Quran secara beramai-ramai pada program membaca dan memahami al-Quran, Malaysia#QuranHour (My#QuranHour) atau Sejam Bersama Al-Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sinim, semalam.

Umat Islam tidak kira latar belakang dan usia malah ada yang datang dari negeri lain turut sama ke masjid seawal jam 8 pagi menjayakan program kerohanian itu.

Ada pelajar dan guru, ustaz dan ulama, pemimpin masyarakat, organisasi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain selebriti dan penduduk setempat bersama ‘mengejar pahala’ sambil mendidik diri mencintai serta memahami Putrajaya: Golongan selebriti seharusnya turun padang dan bersama-sama memberi sokongan terhadap program berbentuk keagamaan seperti Malaysia#QuranHour (My#QuranHour) sekali gus mengajak lebih ramai masyarakat untuk membuat kebaikan.

Pelakon, Fizo Omar berkata, sebagai penggiat seni, mereka boleh menggunaka­n status berkenaan ke jalan dakwah mengikut kaedah yang sesuai.

“Justeru, sebagai artis, mereka juga seharusnya bersama memberi sokongan kepada program ini sekali gus mengimbang­i kehidupan antara dunia dan akhirat.

“Artis ini adalah pekerjaan iaitu satu bidang mencari re- al-Quran.

Malah, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut mencemar duli menghadiri majlis berkenaan.

Program My#QuranHour itu bermula jam 12 tengah hari iaitu dimulakan dengan tadabbur dan tazakkur bertajuk ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ seterusnya pembukaan mengaji dengan surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah bermula ayat satu hingga lima.

Kemudian, ia disusuli dengan bacaan surah asy-Syams, al-Lail, adh-Dhua sehingga akhir iaitu surah an-Naas.

Antara yang memimpin bacaan ialah Imam Besar Masjid Putra Datuk Abdul Manaf Mat, Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Naib Presiden Pemasaran Urusniaga Hiliran Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ikon Rumah Ngaji Datuk Rosyam Nor, Munif Ahmad (kumpulan Hijjaz) dan Azmi Saat (vokalis Caliph Buskers).

Dalam pada itu, Ketua Pe- gawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) Marhaini Yusoff berkata, program berkenaan masuk tahun ketiga penganjura­nnya dan julung kali 14 agensi media cetak dan elektronik termasuk Kumpulan Media Prima Berhad turut bersama menjayakan program itu.

“Kita mengadakan program ini adalah untuk kempen mengajak orang ramai meluangkan masa membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu jam selama 365 hari walau di mana saja berada.

“Selain itu, kempen ini juga bagi menggalakk­an setiap individu untuk membaca, memahami seterusnya mengamalka­n nilai yang terkandung di dalam al-Quran terhadap kehidupan seharian,” katanya. program itu.

“Saya diberitahu kira-kira tiga dan empat hari lalu untuk mengaji pada program ini dan sudah tentu, rasa gementar kerana individu yang lain adalah tokoh hebat.

“Alhamdulil­lah, saya dapat surah yang senang iaitu surah al-Ma’un. Saya berharap program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang sama ada setiap bulan atau tahun bagi mengajak lebih ramai umat Islam mencintai al-Quran selain mendidik diri,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berkata, penganjura­n program pada kali ini mencatat sejarah tersendiri kerana pihak media sendiri bergabung dan bersatu atas niat dakwah tanpa mengira soal keuntungan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bersalam dengan sebahagian daripada peserta ketika menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bersalam dengan sebahagian daripada peserta ketika menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia