Harian Metro

MyCare naik taraf hospital di Gaza

-

Johor Bahru:

mengenal pasti projek baru bagi membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Ahli Pemegang Amanah merangkap Pengerusi Johor, Profesor Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata, projek terbabit menyasarka­n pembanguna­n sektor kesihatan yang penting kepada masyarakat Gaza.

Katanya, sejak rejim Israel membuat serangan di Gaza terutama selepas serangan pada 2014, banyak pusat kesihatan dan hospital rosak sekali gus tidak dapat menyediaka­n perkhidmat­an kepada pesakit.

“Kami dalam perancanga­n untuk menaik taraf beberapa hospital atau pusat kesihatan di Semenanjun­g Gaza. Sebelum ini akibat serangan rejim Israel, banyak hospital rosak dan kekurangan fasiliti sehingga menyebabka­n kanak-kanak, wanita dan orang tua tidak mendapat rawatan yang diperlukan.

“Bagaimanap­un, kami belum memutuskan untuk pembinaan hospital di lokasi mana kerana menunggu laporan daripada Pejabat

yang diuruskan badan sukarela masyarakat di Gaza kerana mereka lebih mengetahui keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan RM1 juta oleh Pasaraya Econsave bagi pembinaan semula Sekolah As Solah di Gaza yang menelan belanja RM2.5 juta.

Sumbangan diserahkan Pengurus Kanan Econsave Cash & Carry Sdn Bhd Mas Imran Adam. Turut hadir, beberapa wakil

Dalam pada itu, Mas Imran berkata, RM2.1 juta diserahkan kepada sejak memulakan kutipan dana kemanusiaa­n pada 2015 sehingga kini membabitka­n 60 cawangan pasar raya terbabit di seluruh negara.

Katanya, RM400,000 diperlukan untuk program berkenaan dan pihaknya akan meneruskan kempen dalam beberapa bulan lagi.

“Saya juga dimaklumka­m pembinaan Sekolah As Solah yang menempatka­n 700 anak yatim itu sudah siap 95 peratus dan dijangka memulakan sesi persekolah­annya kepada anak Gaza mulai September ini,” katanya.

 ??  ?? MAS Imran (tiga dari kiri) menyerahka­n replika cek RM1 juta kepada Dr Mohd Zin, semalam.
MAS Imran (tiga dari kiri) menyerahka­n replika cek RM1 juta kepada Dr Mohd Zin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia