Harian Metro

Cara mudah bayar balik PTPTN

-

Kuala Lumpur: Pelbagai saluran pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk yang terkini, secara debit terus dalam talian

bertujuan memberi kemudahan peminjam menguruska­n pembayaran balik pinjaman mereka.

Mohd Shafiq Mohd Rosli, 24, berkata, platform itu menawarkan keselesaan kerana mudah diakses, malah potongan bulanan secara automatik dapat dibayar secara konsisten.

“Inisiatif PTPTN ini satu usaha yang bagus bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak.

“Saluran bayaran balik melalui ini alternatif bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang tidak mahu membuat potongan gaji atau perbankan Internet lain, tetapi ingin membayar secara konsisten.

“Pengalaman saya selepas menggunaka­n perkhidmat­an itu bulan lalu, ia menjimatka­n masa dan tidak perlu lagi log masuk berulang kali seperti ketika membayar balik pinjaman menggunaka­n perbankan Internet dan JomPay sebelum ini,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam, Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini.

Yip Hon Lean, 26, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut bersetuju dengan pendapat rakannya itu.

Sudah dua tahun membayar balik pinjaman secara konsisten menerusi medium perbankan Internet, Yip merasakan itu lebih menyenangk­an peminjam.

“Kita tidak perlu mengharung­i trafik yang sesak dan menunggu lama untuk berurusan di kaunter dengan

 ?? Yip Hon Lean ?? ‘Direct debit’ menghilang­kan kerisauan kerana potongan bulanan dilakukan secara automatik”
Yip Hon Lean ‘Direct debit’ menghilang­kan kerisauan kerana potongan bulanan dilakukan secara automatik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia