Harian Metro

Tambah 74,000 unit PPA1M

-

Putrajaya: Kerajaan bersetuju menambah 74,000 lagi unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), menjadikan keseluruha­n 200,000 unit PPA1M yang akan dibina di seluruh negara menjelang 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, unit baru PPA1M itu dijangka dibangunka­n di seluruh negara, namun diberi keutamaan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Beliau berkata, pembinaan itu disasarkan siap menjelang 2020 dan ia adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan serta keselesaan penjawat awam sentiasa terbela.

“Adalah menjadi impian dan idaman setiap insan lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarg­a untuk memiliki sebuah rumah yang bersesuaia­n dengan selera mereka.

“Saya anggap projek ini antara yang terbaik yang disediakan oleh kerajaan, jadi beruntung mereka yang mendapat rumah kediaman PPA1M Selasih ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci PPA1M Selasih, Presint 17, di sini, semalam. Harga PPA1M yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran dan bernilai RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan.

Nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah antara RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada keluasan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai bagi pembinaan unit tambahan PPA1M itu nanti.

“Bila saya sebut subsidi tadi antara RM25,000 sehingga RM38,000 seunit, itu tidak termasuk harga tanah. Saya minta Perbadanan Putrajaya (PPj) buat perkiraan, kalau kita masukkan lagi nilai tanah, tentu sekali subsidi kerajaan antara RM50,000 hingga RM60,000 seunit.

“Saya harap pihak yang berjaya dapat rumah ini hargailah apa yang dilakukan kerajaan,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menetapkan kadar bayaran bulanan yang munasabah untuk menyelengg­ara PPA1M iaitu sebanyak RM0.16 sen sekaki persegi bagi meringanka­n beban penjawat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia