Harian Metro

Ahli JVOG edar risalah keselamata­n

-

Johor Bahru: Kumpulan Pemilik Kawasaki Versys Johor (JVOG) melaksanak­an tanggungja­wab sosial dengan mengadakan kempen keselamata­n jalan raya sempena musim perayaan berhampira­n stesen minyak di Tol Skudai di sini, kelmarin.

Lebih 500 risalah berhubung tip keselamata­n jalan raya diedarkan kepada pengguna lebuh raya sempena Kempen Pulang Beraya Dengan Selamat yang dianjurkan kelab pemilik motosikal berkuasa tinggi itu.

Setiausaha JVOG Ali Qushairy Abu Kassim, 34, berkata, kempen kali kedua dilaksanak­an kelab itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna jalan raya berhubung tip keselamata­n sepanjang pemanduan ke destinasi masing-masing.

Katanya, sebagai sebuah kelab pemotoran, JVOG berasakan menjadi tanggungja­wabnya untuk memupuk kesedaran orang ramai berkaitan keselamata­n di jalan raya terutama ketika musim perayaan.

“Kami juga berharap pengguna jalan raya lebih berhati-hati demi insan tersayang dengan mematuhi peraturan jalan raya dan mengelak daripada melakukan tindakan yang membahayak­an diri serta pengguna jalan raya lain.

“Kempen ini adalah satu peranan kecil kami dalam membantu kerajaan untuk mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya ketika musim perayaan,” katanya.

Ali berkata, kempen kali ini turut diserikan dengan agihan 500 pek berbuka puasa #HMKotakRez­eki2017 kepada pengguna jalan raya yang disediakan Harian Metro.

“Aktiviti yang mendapat kerjasama Restoran Dulang Lima ini turut menjadi landasan kepada ahli JVOG untuk berbakti kepada masyarakat dan mengeratka­n silaturahi­m sesama mereka,” katanya.

Agihan risalah dan Kotak Rezeki bermula jam 4.30 petang turut dihadiri Ketua Biro Harian Metro Johor Rudy Fazrunisya­m Samarudin.

 ??  ?? ANGGOTA kumpulan JVOG mengedarka­n risalah dan pek berbuka puasa kepada orang ramai.
ANGGOTA kumpulan JVOG mengedarka­n risalah dan pek berbuka puasa kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia