Harian Metro

Derita otak luar kepala

- Mohd Hilmi Mahmud am@hmetro.com.my

 Bayi 11 bulan terpaksa tahan sakit saban hari

“Saya risau dan sedih mengenangk­an nasib anak, Nur Safa Sabri, 11 bulan berikutan beratnya semakin berkuranga­n, kepala menjadi besar dan terpaksa menahan sakit setiap hari kerana otak berada di luar tempurung kepala,” demikian luahan Che Basah Adnan, 40, ibu kepada kanak-kanak kurang upaya yang tinggal di Tanjong Tokong, di sini.

Che Basah berkata, anak bongsunya itu dilahirkan tahun lalu dengan keadaan kepalanya besar dan otak di luar tempurung kepala serta menjalani pembedahan pada usia tiga hari selepas dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP), Jun lalu.

“Selepas Nur Safa dilahirkan, doktor tidak membenarka­n saya berjumpa dengannya hampir 11 jam. Doktor hanya membawa dia bertemu selepas saya menangis dan merayu berjumpa dengannya.

“Selepas membalut kepala anak saya, doktor membawanya bertemu saya. Namun, ketika itu saya tidak dibenarkan menyusu Nur Safa, sebaliknya hanya dapat melihatnya dari dekat beberapa jam sebelum dia dibawa ke bahagian khas,” katanya yang memiliki empat anak.

Che Basah mengakui sedih selepas melihat kepala bayinya itu dibalut kain dan tertanya-tanya mengapa bayinya itu perlu dibalut sedemikian sebelum doktor memberitah­u otak anaknya berada di luar tempurung kepala dan menunjukka­n gambar pada telefon bimbit.

Beliau berkata, doktor kemudian meminta kebenarann­ya serta suami, Sabri Abdul Aziz, 40, untuk melakukan pembedahan bagi memasukkan semula otak Nur Safa ke dalam tempurung sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Selepas pembedahan pertama keadaan Nur Safa stabil, namun otaknya tidak dapat dimasukkan ke dalam tempurung sepenuhnya. Hanya sebahagian saja yang dapat dimasukkan dan sebahagian lagi masih di luar tempurung kepala.

Che Basah berkata, selepas dibawa pulang ke rumah, keadaan Nur Safa bertambah teruk apabila tidak dapat tidur seperti kanak-kanak lain dan hanya tidur dalam keadaan meniarap berikutan otaknya di luar tempurung terlalu sensitif dan mudah sakit selepas tersentuh pada permukaan lantai atau tilam.

Menurutnya, dia terpaksa berjaga lewat malam dan kadang-kadang hingga ke pagi untuk memastikan Nur Safa dapat tidur lena tanpa menangis waktu malam disebabkan otaknya terkena permukaan lantai atau tilam.

“Pada awal selepas dia dibenarkan pulang ke rumah, saya tidak dapat tidur hingga ke pagi berikutan ingin memastikan kepalanya tidak terkena permukaan lantai atau tilam. Setiap kali dia berpusing dan otaknya terkena pada lantai, dia akan menangis.

“Keadaan itu berterusan hingga usia dia enam bulan dan dia menjalani pembedahan kedua bagi membuang cecair dalam otaknya yang tidak dapat dibuang secara normal,” katanya.

Che Basah berkata, pembedahan kedua pada Disember tahun lalu dan doktor memasukkan tiub ke dalam badan Nur Safa untuk memudahkan penyaluran keluar cecair dari otak ke ginjal.

Beliau berkata, setiap kali Nur Safa bergerak, dia dapat melihat tiub dari dalam badannya dan ketika itu dia akan menangis kesakitan apabila tiub itu timbul pada bahagian kulit di dadanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun Maybank Sabri Abdul Aziz di nombor 1570547707­09 atau menghubung­i beliau di talian 0194519678 atau berkunjung ke rumahnya di Nombor R3, Rumah Transit Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

 ??  ?? CHE Basah bersama anaknya Nur Safa yang kini berusia 11 bulan.
CHE Basah bersama anaknya Nur Safa yang kini berusia 11 bulan.
 ??  ?? MAZENA tetap dengan pendirian tinggal bersendiri­an.
MAZENA tetap dengan pendirian tinggal bersendiri­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia