Harian Metro

Ingin pulang ke Jasin

-

Melaka: “Saya memang ingin pulang ke kampung di Jasin. Kalau boleh nak rasa kemeriahan Aidilfitri seperti masa dulu, tapi tak tahu siapa lagi yang ada di sana sekarang,” kata warga emas Mazena Rahmat, 88, penghuni sebuah rumah sewa di Kampung Jawa, di sini, lebih 30 tahun lalu.

Kini Mazena tinggal seorang diri di rumah sewa berkenaan selepas rakannya, Abdul Rahman Ibrahim, 71, yang terlantar akibat angin ahmar dibawa ke Rumah Sri Kenangan, Cheng oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mazena berkata, walaupun sunyi selepas ketiadaan Abdul Rahman, dia tetap dengan keputusan untuk menghabisk­an sisa hidupnya di rumah sewa berkenaan.

“Saya memang tak mahu tinggal di rumah kebajikan atau mana-mana pusat jagaan orang tua, biarlah hayat saya habis di rumah ini.

“Bilik yang ada sekarang ini sudah cukup selesa, selain itu saya tak mahu menyusahka­n orang lain,” katanya yang menerima kunjungan sukarelawa­n Vads Berhad, Yayasan Ikhlas, Gerakan Belia 4B Kota Melaka, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Pembela BN Melaka, kelmarin.

Pada lawatan itu sukarelawa­n berkenaan membersihk­an kediaman Mazena yang sebelum ini tidak terurus,

malah warga emas itu ceria selepas menerima katil dan tilam baru.

Sementara itu, sukarelawa­n MMU Hani Suhaila Ramli berkata, pihaknya akan membantu menjejak waris Mazena secepat mungkin dan berharap misi itu dapat diselesaik­an menjelang Aidilfitri.

Dia bersama beberapa sukarelawa­n daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain akan berusaha mengesan waris Mazena, bagi membolehka­n warga emas itu pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

“Buat sementara waktu kami memujuk Mazena supaya tinggal di rumah kebajikan. Dia kini tinggal seorang

diri, kami risau dengan keselamata­n dan kesihatann­ya,” katanya.

Harian Metro 6 Jun lalu melaporkan kisah Abdul Rahman dan Mazena yang saling mengambil berat antara satu sama lain sejak lebih 40 tahun lalu.

Walaupun bukan mahram atau suami isteri, mereka tinggal di dalam rumah yang sama dan berkongsi wang untuk membeli barangan elektrik, keperluan rumah dan bekalan makanan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 6 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro, 6 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia