Harian Metro

Hanya 795 tampil mohon kad pengenalan

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuantan: Hanya 795 masyarakat India tampil memohon kad pengenalan sepanjang program MyDaftar 2017 yang dilaksanak­an sejak 5 Jun lalu di 19 lokasi di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Datuk Mohd Yazid Ramli, berkata, daripada jumlah itu hanya 277 mengemukak­an dokumen lengkap, manakala selebihnya tidak lengkap.

“Dalam program itu juga seramai 1,018 masyarakat India hadir untuk mendapatka­n khidmat nasihat dan bertanyaka­n soalan kepada kakitangan JPN yang bertugas.

“Program anjuran bersama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaa­n Masyarakat India (SITF) ini dilaksanak­an bagi membolehka­n kaum India yang mempunyai masalah dokumen pengenalan diri menuntut kewarganeg­araan,” katanya ketika sidang media selepas Program MyDaftar di JPN Kuantan, semalam.

Hadir sama, Pengurus SITF, G K Anandan.

Katanya, program berkenaan juga dilaksanak­an berikutan ada dakwaan daripada pihak tertentu bahawa lebih 300,000 individu di negara ini masih lagi tidak memiliki kad pengenalan atau surat beranak berikutan berhadapan masalah dokumentas­i.

“Setakat ini jumlah yang hadir tidak seperti yang didakwa oleh pihak tertentu itu, namun kita ada tiga lagi tempat dan masyarakat India boleh datang untuk memohon kad pengenalan.

“Tiga lagi lokasi itu adalah di JPN Seberang Perai Utara pada esok (hari ini), JPN Temerloh (21 Jun) dan JPN Putrajaya (22 Jun).

“Justeru, saya meminta 300,000 masyarakat India yang didakwa tidak memiliki dokumen pengenalan diri ini untuk tampil dalam tiga program yang akan diadakan ini,” katanya.

Sempena sambutan Aidilfitri hujung minggu ini, semua pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke kampung halaman sama ada menuju ke utara, selatan mahupun pantai timur, bakal menikmati diskaun dan rebat tol antara enam hingga 30 peratus.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) umpamanya mengumumka­n tawaran rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna rangkaian lebuh raya kendaliann­ya.

Rebat tol itu akan dinikmati pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer (km) di semua lebuh raya kendalian PLUS selama enam hari iaitu pada 19, 20, 21, 28, 29 Jun dan 3 Julai ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, penawaran rebat 30 peratus adalah untuk transaksi menerusi kad sebagai tanda menghargai kesetiaan pemegang kad itu.

Rebat 10 peratus pula diberikan untuk semua transaksi elektronik lain termasuk pengguna kad pada tarikh yang dinyatakan.

“Pada tarikh itu, orang ramai masih perlu membayar

Kluang: Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN), mengesyork­an Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Jabatan Peguam Negara membuat pindaan ke atas Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655) bagi memperkuku­hkan penguatkua­saan terhadap pihak yang mencemarka­n sumber air.

Pengerusin­ya Datuk Liang Teck Meng berkata, pihaknya bercadang untuk membuat pindaan mengikut Seksyen 121 (1) Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655) bagi menyatakan peranan dan fungsi SPAN.

Katanya, mengikut seksyen berkenaan, pindaan yang dicadangka­n adalah menambah kesalahan Seksyen 121 (1)(d) yang berkemungk­inan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia