Harian Metro

Tak jadi senator pun masih tolong rakyat

-

Salam Ramadan dan salam sejahtera! Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalk­an Ramadan yang mulia. Dan muncullah Syawal, bulan kegembiraa­n selepas sebulan berpuasa.

Awal-awal lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jaga kesihatan. Syawal pun bulan makan juga. Sana sini kita akan dihidang dengan ketupat dan rendang, lemang, lontong dan sambal kacang.

Pelan-pelan kayuh, kata orang sekarang. Jangan rambang mata. Pilih makanan yang sesuai dengan kehendak tekak kita. Saya tahu ramai orang tak pandang kiri, tak toleh kanan.

Apa juga juadah yang dihidang atas meja, semua dibelasah. Selang dua hari kemudian, ramailah yang melawat klinik dan hospital. Penyakit gastrik sudah tiada. Penyakit cirit-birit pula timbul.

Saya diingatkan oleh seorang kawan supaya jaga kesihatan dalam Syawal ini. Katanya, penjagaan kesihatan ketika Syawal jauh lebih penting daripada Ramadan.

Kawan saya itu ialah bekas senator di Dewan Negara. Beliau ialah Datuk Setia DiRaja Boon Soom Inong, rakyat Malaysia keturunan Siam yang mendapat kehormatan tinggi selaku Ahli Dewan Negara.

Saya dan kawan-kawan panggil bekas senator ini dengan panggilan Boon saja. Dia pun suka dipanggil dengan nama itu kerana inilah nama yang menaikkan dia sehingga menjadi senator. Satu tabiat Boon yang ramai orang suka ialah sikap keperhatin­an beliau.

Boon suka tolong orang. Sama ada dia berjaya atau tidak jadi nombor dua. Tolong tetap tolong – itulah pegangan hidupnya dari dulu hingga sekarang.

Saya masih ingat bagaimana dia menolong seorang guru yang bertugas di Kedah tetapi suami dan keluarga tinggal di Kelantan. Hidup guru ini sangat tertekan dan beliau tidak ada jalan lain kecuali berjumpa Boon untuk minta bantuan.

Untuk tujuan artikel ini, memadailah saya sebuat nama guru itu sebagai Cikgu Wan Nor. Beliau sudah berkali-kali mohon kembali bertugas di Kelantan.

Ketika bertugas di Kedah, Cikgu Wan Nor hidup berjauhan dari suami. Ramai guru yang mengalami hidup macam ini tetapi Cikgu Wan Nor juga berjauhan dengan ibu bapa yang tua dan semakin uzur.

Maka timbulah ‘hero’ kita iaitu Boon. Boon sudah tidak lagi memegang jawatan senator tetapi beliau masih dicari oleh orang biasa khasnya di Kedah kerana rekodnya yang banyak menolong orang.

Ketika menjadi senator, Boon dipertangg­ungjawabka­n memerhati dan membantu warganegar­a Malaysa keturunan Siam. Jadi bayangkan betapa popularnya Boon yang dicari-cari rakyat walaupun tempoh berkhidmat sebagai senator sudah tamat.

Cikgu Wan Nor bernasib baik kerana dapat bertemu dengan Boon. Bekas senator itu memanjangk­an permohonan guru berkenaan kepada pihak yang bertanggun­gjawab. Boon menyediaka­n surat sokongan yang akhirnya mendapat layanan positif.

Kata Cikgu Wan Nor kepada Boon: “Terima kasih Datuk Boon kerana berkat usaha Dauk saya akhirnya dapat berkhidmat di Kelantan dan kembali ke pangkuan keluarga. Tidak tahu betapa besarnya jasa Datuk kepada saya dan keluarga.

“Dulu saya hampir berputus asa. Setiap hari saya menangis mengenangk­an nasib saya. Tuhan menemukan saya dengan orang yang betul-betul ikhlas sehingga saya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

“Rumah tangga saya melalui tekanan kuat semasa saya berjauhan. Tetapi Alhamdulil­lah, sekarangny­a semua sudah selesai. Ibu semakin tua dan uzur tetapi saya sentiasa ada di sampingnya. Ini amat penting bagi saya,” kata guru itu yang kini dapat menumpukan penuh perhatian kepada tugasnya.

Oh ya! Bantuan ini dibuat selepas Boon berhenti menjadi senator. Ini bermakna seseorang tak perlu ada jawatan penting seperti senator untuk berkhidmat.

Boon juga banyak membantu penduduk Siam yang menjadi warganegar­a Malaysia. Salah satu bantuan yang sangat berkesan ialah kejayaanny­a mendapatka­n tempat di universiti untuk pelajar keturunan Siam.

Boon dilantik menjadi senator pada 15 Disember 2010 dan tamat khidmat selepas enam tahun iaitu dua penggal pada 14 Disember 2016. Beliau juga bekas seorang wartawan kanan yang berkhidmat di dalam dan luar negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia