Harian Metro

AJAR HIDUP CARA ISLAM

 Pondok Pengajian Ilmu Wahyu terima banyak sumbangan masyarakat rancang bina pusat pengajian lebih besar, tersusun

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

>>Pengajian di pondok ini bermula dengan kelas al-Quran selepas Asar FAKTA Aktiviti sukan sunah seperti memanah,

berkuda dan berenang turut

diajar

Asalnya sekadar mahu membina anjung untuk mengajar anak jiran mengaji al-Quran selepas Asar, namun sumbangan diterima melebihi jangkaan menyebabka­n Mudir Pondok Pengajian Ilmu Wahyu Ustaz Noramin Said, 37, terfikir mengubah perancanga­n kepada membina pondok pengajian lebih besar dan tersusun.

Lebih menarik, pondok moden yang terletak di Merlimau, Melaka itu hanya belajar kitab turath dan al-Quran selepas pelajar tamat kelas akademik di sekolah menengah berhampira­n.

Ustaz Noramin berkata, idea penubuhan pondok itu timbul selepas beliau tamat pengajian di universiti dan berkahwin mengenai apakah bentuk sumbangan yang boleh diberi kepada masyarakat.

“Apabila saya menyuaraka­n idea mahu membina anjung untuk mengajar al-Quran kepada beberapa rakan, tanpa disangka ramai yang ingin menyumbang termasuk syarikat korporat dan jumlah diterima melebihi sasaran.

“Jadi, dengan sebidang tanah kosong sebelah rumah mentua, saya memulakan projek membina pondok ini dengan pengambila­n pertama lapan pelajar pada 2013 sebelum berkembang kepada 20 pelajar berusia 13 dan 14 tahun termasuk yang tinggal di asrama dan berulang-alik,” katanya.

Menurutnya, dengan keupayaan terhad tiga guru tetap dan lima staf sokongan, agak sukar untuk mereka melahirkan ulama profesiona­l yang mahir dalam bidang agama dan akademik.

“Tetapi, sekurang-kurangnya kita mahu menolong melahirkan masyarakat yang tahu halal haram, fardu ain dan bagaimana hidup cara Islam sebelum mereka menyambung pengajian ke tempat lain,” katanya.

Katanya, pengajian di pondok itu bermula dengan kelas al-Quran selepas Asar dan diteruskan dengan riadah serta aktiviti sukan sunah seperti memanah, berkuda dan berenang.

Beliau berkata, pengajian kitab turath pula bermula selepas Maghrib dan selepas Isyak pelajar akan mengulang kaji pelajaran sebelum tidur di asrama atau pulang ke rumah bagi mereka yang berulang-alik.

“Pengajian kitab turath dan kelas al-Quran mengikut tahap pencapaian pelajar ini menggunaka­n kitab muktabar serta diajar guru berpengala­man yang mempunyai tauliah daripada

Jabatan Mufti Melaka dan pondok ini bernaung di bawah Persatuan Huffaz Melaka,” katanya.

Mengenai nama bahasa Melayu yang digunakan pada pondok dan bukannya bahasa Arab, Ustaz Noramin berkata, beliau mahu menghidupk­an semula sistem pengajian secara tradisiona­l dan mengembali­kan nostalgia nama pondok yang begitu dekat dengan masyarakat suatu ketika dulu.

Katanya, nama Pengajian Ilmu Wahyu pula dipilih bagi mengabadik­an nama kursus Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul) ketika belajar di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) sebelum ini.

Menurutnya, kemunculan pondok itu menerima sambutan menggalakk­an masyarakat dan mereka banyak membantu dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi

pengimarah­an surau mahupun

sumbangan dana serta tenaga kerja.

“Kita merancang untuk memperbesa­rkan lagi operasi pondok ini dengan menyediaka­n kelas pengajian akademik, kitab turath dan tahfiz sepenuh masa dalam masa tiga tahun lagi.

“Menuntut ilmu itu fardu dan tiada penamat usia atau waktu. Jadi pengisian rohani ini perlu diperbanya­kkan sama seperti penawaran pelbagai pilihan kedai makan dan restoran bagi pengisian fizikal dan tubuh badan,” katanya.

 ??  ?? SURAU Pondok Pengajian Ilmu Wahyu menjadi lokasi utama pengajian.
SURAU Pondok Pengajian Ilmu Wahyu menjadi lokasi utama pengajian.
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR mengulang kaji
pelajaran di asrama. ANTARA kitab yang digunakan
dalam pengajian.
PELAJAR mengulang kaji pelajaran di asrama. ANTARA kitab yang digunakan dalam pengajian.
 ??  ??
 ??  ?? SISTEM pengajian terbuka bersama penduduk kampung.
SISTEM pengajian terbuka bersama penduduk kampung.
 ??  ?? ORANG ramai tanpa mengira usia sentiasa memenuhi surau mengikuti pengajian kitab.
ORANG ramai tanpa mengira usia sentiasa memenuhi surau mengikuti pengajian kitab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia