Harian Metro

Manfaat khusyuk dalam solat

-

Dalam Surah al-Mukminun ayat 1-3, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

Ayat al-Quran itu menjelaska­n bahawa sesiapa yang solat dan mampu khusyuk serta menjauhi perkara tidak berfaedah adalah orang yang berjaya dan sangat beruntung.

Makna khusyuk itu adalah melaksanak­an sesuatu dengan penuh minat, sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.

Nabi Muhammad SAW menjadikan solat sebagai cara berkomunik­asi dengan Allah SWT yang dilakukan dengan penuh keindahan.

Ketika mendirikan solat sunat tahajud pada waktu tengah malam, kaki baginda akan menjadi bengkak selepas lama berdiri, rukuk dan sujud.

Itu adalah sebagai tanda luahan rasa syukur Rasulullah SAW di atas nikmat yang Allah SWT berikan.

Bagaimana dengan kita? Sekiranya apabila kita bersolat tetapi masih melakukan perkara yang dilarang bermakna kita masih tidak memahami hakikat dan kebaikan solat yang sebenar.

Kesan khusyuk dalam solat sangat besar ertinya dalam kehidupan seorang Muslim.

Hasilnya, ia mampu mengubah akhlak manusia menjadi lebih baik dan amalan kebaikan sentiasa terpancar dalam setiap langkah mereka.

Ibadat yang dilaksanak­an dengan baik dan penuh keikhlasan pastinya doa yang kita mohon mudah dimakbulka­n Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa mendorong hati kita untuk mengenali diri yang sebenar serta tidak mudah tewas dengan pujukan hawa nafsu serta sifat malas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia