Harian Metro

Sampai beg koyak

-

FAKTA

Bandar Ajanta diiktiraf UNESCO dengan kepadatan penduduk 10,000

orang

 Penulis tempuh jalan berlubang sejauh 400km menuju Ajanta

Saya berangkat menuju bandar dikenali Ajanta 400 kilometer (km) ke utara Pune, dan seperti dijangkaka­n, jalan yang teruk menambahka­n cabaran pengembara­an ini.

Teruk yang saya maksudkan bukanlah penat semata-mata, tetapi permukaan jalan berlubang menyebabka­n perjalanan menjadi sukar sehinggaka­n baru saya sedar, beg yang saya bawa terkoyak sewaktu tiba di Ajanta.

Bandar yang berkepadat­an penduduk sekitar 10,000 orang ini adalah bandar pertama di India yang mendapat pengiktira­fan dari UNESCO kerana tinggalan sejarah terutama guanya.

Hampir separuh penduduk bandar ini beragama Islam dan kebanyakan­nya bertani serta berniaga menjadikan sekitarnya sesak dengan manusia, pemandanga­n biasa di mana-mana saja sepanjang tiga hari bermotosik­al ke sini dari Pune.

Tidak mahu menimbulka­n masalah lain, saya kemudianny­a singgah membaiki beg yang rosak di pasar atau lebih dikenali bazar di situ dan dapat melihat pelbagai ragam pendudukny­a, memang unik.

Rugi kalau saya tidak merasai pengalaman berbuka puasa di sini dan saya memilih murid sekolah untuk bersama-sama merasai juadah tempatan dan mereka sungguh mesra.

Setakat ini perjalanan lancar mengikut jadual dan hari ini (semalam), saya menuju sebuah pekan dikenali sebagai Udaipur sejauh 700 kilometer dari Ajanta.

Bahang panas terik mula terasa dan saya perlu bersedia untuk cabaran itu kerana suhu di sekitar kawasan ini adalah kira-kira 45 hingga 47 darjah Celsius dan saya perlu menunggang dalam tempoh 14 jam.

Perjalanan dimulakan seawal 6 pagi untuk memastikan saya sampai sebelum malam, yang pastinya akan lebih menyukarka­n saya kerana ia membabitka­n faktor keselamata­n.

Rancangan saya selepas itu ialah menuju ke Jaipur yang mengambil masa tujuh jam setengah sejauh 400 kilometer sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yang akan saya kemas kini nanti.

 ??  ?? PENULIS (kanan) ketika singgah di sekolah rendah di perkampung­an di Ajanta.
PENULIS (kanan) ketika singgah di sekolah rendah di perkampung­an di Ajanta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia