Harian Metro

Ujian awal sah tiada unsur bendasing

-

Ipoh: Ujian awal yang dilakukan terhadap beras Cap Rambutan oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) termasuk di kilang pemborong beras jenama berkenaan, di sini, mendapati tiada mengandung­i unsur bendasing seperti plastik seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, MOA Perak, Abdul Rahim Rashid, berkata bagaimanap­un laporan rasmi daripada sampel daripada beras Super Special Tempatan 5% di OEL Distributi­on (Perak) Sdn Bhd, di sini, hanya akan diperolehi dalam tempoh seminggu.

Katanya, operasi pemeriksaa­n di semua tujuh cawangan syarikat pemborong berkenaan susulan video yang tular di media sosial mengatakan beras berkenaan mengandung­i plastik.

“Seperti ujian yang dilakukan di Kedah dan Johor, sampel beras diambil daripada kilang pemborong, di sini.

“Pemerhatia­n kami mendapati syarikat pemborong ini juga tidak mempunyai mesin memproses beras plastik seperti yang tular, sebaliknya mesin yang ada hanya bagi mencuci dan memproses beras yang diperoleh daripada kilang untuk dikampit dan dipasarkan,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaa­n di kilang syarikat berkenaan di Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n membabitka­n kerja pemprosesa­n beras selain menjalanka­n beberapa ujian tekstur dan ujian iodin serta mengumpal nasi seperti apa yang dilakukan dan dirakam pengguna media sosial yang menjadi tular.

“Di media sosial sukar untuk kita memastikan dakwaan yang dibuat, jadi kita meminta mereka yang mempunyai bukti membawa sendiri bahan berkenaan untuk diuji dan dianalisis pihak kami,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rahim menunjukka­n beras tulen (kiri) dan plastik yang dimasak selepas membuat ujian awal.
ABDUL Rahim menunjukka­n beras tulen (kiri) dan plastik yang dimasak selepas membuat ujian awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia