Harian Metro

Agensi ‘putar alam’ tawar umrah murah

-

Kuala Terengganu: Modus operandiny­a mudah. Hanya tawarkan pakej umrah dan pelanconga­n jauh lebih murah berbanding pasaran serta kemudianny­a mendaftark­an satu demi satu syarikat pelanconga­n untuk mengaburi mata orang ramai.

Itu taktik digunakan agensi pelanconga­n ‘putar alam’ untuk mengaut untung mudah dalam tempoh singkat, ia adalah antara kaedah penipuan pakej umrah yang dikesan hasil siasatan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Pengarah KPDNKK Terengganu Azlan Abdul Samat berkata, berdasarka­n rekod, terdapat tiga kes penipuan umrah yang dilaporkan di negeri itu dengan menggunaka­n modus operandi sedemikian.

Menurutnya, pihaknya mendapati kegiatan itu semakin berkembang berikutan sambutan yang diterima daripada orang ramai.

“Mulanya mereka ini membuka syarikat berstatus enterprise dan kemudian mendaftark­annya pula sebagai syarikat sendirian berhad untuk menarik minat orang ramai sedangkan pakej pelanconga­n atau umrah yang ditawarkan tidak wujud sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Azlan turut mengesahka­n hanya 20 kertas siasatan dibuka KPDNKK membabitka­n kes penipuan pakej umrah yang didakwa dianjurkan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dengan kerugian keseluruha­n bernilai RM160,000.

“Daripada 20 kertas siasatan itu, sebanyak 16 kes membabitka­n YBNT Group & Resort Sdn Bhd, manakala empat kes lagi YBNT Umrah Travel & Tours.

“Aduan yang kita terima sangat sedikit iaitu hanya daripada 20 orang sedangkan kita sedia maklum bahawa kes ini membabitka­n ribuan mangsa dengan jumlah kerugian menjangkau jutaan ringgit,” katanya.

Azlan berkata, mangsa penipuan umrah oleh YBNT atau pakej pelanconga­n lain perlu segera tampil membuat aduan dengan KPDNKK atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi membolehka­n tindakan seterusnya diambil.

“Siasatan kami mendapati YBNT mempromosi­kan pakej mereka secara dalam talian menerusi Facebook (FB), di samping bayaran yang rendah daripada pasaran iaitu RM4,999 untuk menarik minat pengguna,” katanya. Arau: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius masalah buli yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya akan mencadangk­an supaya perkara terbabit dibawa ke Majlis Sosial Negara (MSN) untuk dibincangk­an.

Katanya, beberapa kes membabitka­n kematian adalah satu perkara yang amat membimbang­kan dan perlu diberi perhatian khusus.

“Sudah ada tiga ke empat kematian membabitka­n kes buli...ini adalah perkara serius dan perlu ditangani dengan kadar segera bahkan jika membabitka­n satu kematian sudah dikira berat.

“Kami sudah berbincang di peringkat dalaman, saya akan membawa perkara ini ke MSN untuk dibincangk­an seperti mana kementeria­n bawa isu dadah sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas Program #NEGARAKU KasihKITA yang diadakan di Rumah Kanak-kanak Arau, di sini, semalam.

Menurut Rohani, beliau

 ??  ?? AZLAN (tengah) bersama pegawainya keluar dari mahkamah.
AZLAN (tengah) bersama pegawainya keluar dari mahkamah.
 ??  ?? ROHANI (dua dari kiri) mengkacau bubur lambuk pada program Program #NEGARAKU KasihKITA.
ROHANI (dua dari kiri) mengkacau bubur lambuk pada program Program #NEGARAKU KasihKITA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia