Harian Metro

Perkemas KAFA

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Jawatankua­sa kerja JAKIM, Kementeria­n Pendidikan berbincang

Satu jawatankua­sa kerja akan dibentuk antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Kementeria­n Pendidikan untuk berbincang kaedah memperkema­skan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), kepada satu sistem lebih teratur.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jawatankua­sa itu akan dibentuk dalam masa terdekat di mana ia akan membincang­kan bagaimana program KAFA sedia ada itu diperkemas­kan kepada satu sistem lebih teratur.

Menurutnya, selepas selesai perbincang­an itu dan sistem yang dibincangk­an sudah ada, Lembaga Penasihat Penyelaras­an Pelajaran dan Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI) di bawah JAKIM akan mempersemb­ahkannya kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk mendapat persetujua­n bagaimana pelaksanaa­n sistem itu nanti.

“Prosesnya masih panjang, namun kementeria­n ingin memperkema­skan organisasi KAFA itu kepada satu sistem yang lebih teratur kerana ketika ini KAFA hanya ada program, tetapi tiada sistem teratur.

“Jika dulu guru KAFA hanya datang ke sekolah mengajar al-Quran selepas tamat mengajar pulang ke rumah dan sistem ini nantilah yang akan memperkema­skan KAFA,” katanya pada sidang media selepas majlis sumbangan kepada pegawai masjid, guru KAFA dan Pegawai Jabatan Agama Islam di Pusat Komuniti, Padang Kerasak, Padang Terap, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang mengumumka­n dana RM10 juta bagi pelaksanaa­n aktiviti dan memperkasa­kan pendidikan Islam di negara ini serta memperkuku­hkan didikan KAFA Dana berkenaan adalah sumbangan daripada badan organisasi dan yayasan selepas rundingan dibuat bersama pihak berkenaan.

Terdahulu, pada program itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menyampaik­an sumbangan wang raya dan barangan keperluan kepada 565 penerima terdiri pegawai masjid, guru KAFA dan pegawai jabatan agama Islam sempena sambutan Aidilfitri.

 ??  ?? MAHDZIR menyampaik­an sumbangan kepada 565 imam, pegawai masjid, guru agama dan KAFA Daerah Padang Terap.
MAHDZIR menyampaik­an sumbangan kepada 565 imam, pegawai masjid, guru agama dan KAFA Daerah Padang Terap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia