Harian Metro

Sengaja cari

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Pemandu pacuan empat roda guna laluan motosikal elak kesesakan lalu lintas ditahan

Tindakan ‘gila’ apabila seorang pemandu pacuan empat roda menggunaka­n laluan motosikal untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Tindakan lelaki berusia 30-an itu membawa padah apabila dia ditahan polis ketika melalui Lebuhraya Persekutua­n berhampira­n Sungai Way, di sini.

Pemandu kenderaan terbabit ditahan anggota polis yang terbabit dalam Op Selamat 11/2017 di lokasi itu jam 12.15 tengah hari semalam.

Timbalan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superinten­dan Sahimi Husin berkata, sepasukan tiga pegawai dan 11 anggotanya menjalanka­n operasi di dua lokasi berasingan iaitu di lorong motosikal berhampira­n Sungai Way menghala Kuala Lumpur dan lorong motosikal berhampira­n simpang ke Lapangan Terbang Subang.

“Kami menahan pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan yang memasuki lorong dibenarkan hanya untuk kegunaan motosikal

“Lelaki itu dipercayai cuba mengelak kesesakan lalu lintas dan menggunaka­n lorong motosikal yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, lelaki itu disaman atas kesalahan berkenaan.

Selain itu, katanya, sebanyak 83 saman dikeluarka­n secara keseluruha­n dalam operasi itu merangkumi pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, abai isyarat lalu lintas dan kesalahan lain.

“Sebanyak 210 kenderaan diperiksa termasuk 80 motosikal dan selebihnya kenderaan lain dalam operasi itu,” katanya.

 ??  ?? PACUAN empat roda yang ditahan menggunaka­n lorong motosikal.
PACUAN empat roda yang ditahan menggunaka­n lorong motosikal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia