Harian Metro

Merengek nak baju raya

-

 Budak lemas mandi sungai di belakang rumah

“Saya sedih kerana dia setiap hari bertanya bila nak beli baju raya. Malah, dia selalu merungut untuk pergi jauh dan ingin memakai baju raya buat kali terakhir,” kata Hasmah Ahmad, 40, yang kehilangan anak, Mohammad Zul Akmal Danie Saidin, 7, akibat lemas ketika mandi di Sungai Tiak berhampira­n rumahnya di Kampung Simpang Charok Kangar, Kupang, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kehilangan arwah amat memilukan apatah lagi impiannya memakai baju baru untuk menyambut raya tidak kesampaian.

Katanya, selain bertanyaka­n baju raya, anak bongsu daripada lapan beradik itu juga meminta dimasakkan goreng setiap hari.

“Saya tidak menyangka perubahan sikap arwah adalah petanda dia akan pergi selamanya,” katanya selepas lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Baling/Sik, Amirulddin Abdul Hamid di rumahnya, semalam. Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Shamsul Izrin Isahak dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Baling Noor Azman Ramli. Bercerita lanjut, Hasmah berkata, selepas pulang dari Sekolah Kebangsaan Syed Sheh jam 2 petang kelmarin, arwah meminta wang untuk membeli mercun di kedai berdekatan.

“Saya tidak membenarka­nnya

nasi kerana saya perlu ke Klinik 1Malaysia untuk mendapat rawatan kerana sakit kepala.

“Selepas pulang ke rumah saya melihat dia bermain dengan rakan dan tidak sedar dia pergi ke sungai kira-kira 500 meter dari rumah untuk mandi,” katanya.

Menurutnya, ketika berehat jam 4 petang dia dimaklumka­n penduduk anaknya lemas di sungai itu.

“Saya terkejut kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Namun, saya reda apa yang berlaku dan berdoa semoga rohnya dipelihara Allah,” katanya.

Suaminya, Saidin Md Piah, 60, berkata, anaknya teringin melihat rombongan penduduk mengerjaka­n ibadah umrah, tetapi tidak kesampaian.

“Dia teringin melihat rombongan mengerjaka­n umrah kerana ingin merasai suasana gembira mereka yang akan ke Makkah.

“Saya sedih tidak dapat menunai permintaan­nya kerana tidak ada penduduk ke Makkah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Amirulddin berkata, pihak sekolah akan mengurus insurans Takaful kepada murid berkenaan yang menjadi prosedur jabatan.

 ??  ??
 ??  ?? SHAMSUL Izrin
(dua dari kiri) melawat lokasi murid tahun satu
mati lemas.
SHAMSUL Izrin (dua dari kiri) melawat lokasi murid tahun satu mati lemas.
 ??  ?? MOHAMMAD Zul Akmal
MOHAMMAD Zul Akmal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia