Harian Metro

Deposit duit haram

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Bekas pengarah KEMAS nafi guna cek bayar pendahulua­n rumah

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menggunaka­n hasil aktiviti haram menerusi cek bagi pembayaran deposit rumah, dua tahun lalu.

Mohd Adnan Md Daud, 54, yang juga bekas Pengarah KEMAS Selangor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani

Mohd Zain.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n hasil daripada aktiviti haram iaitu cek Maybank bernilai RM100,000 untuk pembayaran deposit rumah dua tingkat di Seksyen U13, Setia Alam.

Daripada jumlah itu, wang RM86,053.22 diperoleh melalui hasil aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kompleks PKNS Shah Alam, di sini, 8 Januari 2015.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 (1) b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2011.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau peralatan bagi kesalahan itu atau RM5 juta mengikut mana-mana lebih tinggi.

Mohd Adnan yang diwakili peguam Lissa Sukri memohon ikat jamin RM100,000 dikurangka­n berikutan mempunyai tanggungan enam anak termasuk yang masih bersekolah, selain ibu sudah berusia dan uzur.

“Selain penjawat awam yang memegang jawatan sebagai pengarah, wang jaminan itu juga penting bagi memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail menyerahka­n kepada budi bicara mahkamah dan memohon kes dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah.

Ahmad Zamzani kemudian menetapkan ikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan membenarka­n kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Julai depan.

Kelmarin, Mohd Adnan turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas dua pertuduhan menerima rasuah RM159,053.22 bagi melantik enam syarikat sebagai kontraktor membekalka­n makanan kepada tabika/taska, pada 2015 dan tahun lalu.

 ??  ?? MOHD Adnan
MOHD Adnan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia