Harian Metro

Dijel sehari hantar komunikasi jelik

-

Kuala Lumpur: Seorang pedagang mata wang asing dalam talian dipenjara sehari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui aplikasi Facebook miliknya, tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Nasaruddin Saron, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Lelaki itu turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nasaruddin didakwa menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Nasaruddin Saron’ secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain pada jam 7.25 pagi, 26 Oktober tahun lalu.

Pautan itu kemudian didakwa dibaca di No A-1110, tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini, pada jam 6.20 petang, 27 Oktober tahun lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Mohd Nasaruddin yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah memberikan hukuman ringan dan denda dikurangka­n atas alasan ia adalah kesalahan pertamanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia