Harian Metro

Pak cik terlampau

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Bekas askar noda anak saudara dijel 34 tahun, 23 sebatan

Seorang bekas tentera mengalirka­n air mata sebaik Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhka­n hukuman penjara 34 tahun dan 23 sebatan ke atasnya, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Nazri Ismail terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas dia didapati bersalah pada akhir kes pembelaan.

Dia menghadapi dua pertuduhan iaitu merogol dan melakukan kelucahan melampau ke atas anak saudaranya yang berusia lapan tahun, dua tahun lalu.

Nazri memutuskan hukuman penjara 24 tahun dan 15 sebatan ke atasnya bagi kesalahan merogol, manakala hukuman penjara 10 tahun dan lapan sebatan untuk kesalahan kedua.

Semua hukuman diperintah­kan supaya berjalan berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Januari 2016.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia lapan tahun di sebuah rumah di Bachok jam 6 petang, 30 Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa menggalakk­an mangsa melakukan perbuatan kelucahan melampau pada jam 6 petang, 5 November 2015.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun dan maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah supaya meringanka­n hukuman kerana dia mempunyai tiga anak kecil.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias yang mengendali­kan pendakwaan mencadangk­an supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran.

 ??  ?? BEKAS tentera yang dijatuhi hukuman penjara 34 tahun dan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.
BEKAS tentera yang dijatuhi hukuman penjara 34 tahun dan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia