Harian Metro

Negara rugi RM6b setahun

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 980,000 tan metrik hasil laut tidak didaratkan di perairan negara atau dilaporkan

Lebih 980,000 tan metrik hasil laut negara ‘hilang’ setiap tahun dengan anggaran kerugian sekitar RM3 bilion hingga RM6 bilion.

Itu nilai ketirisan dan kerugian hasil laut negara yang direkodkan setiap tahun yang dipercayai tidak didaratkan di perairan negara selain tidak dilaporkan.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan pada sidang media, di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya mendapati hanya 50 peratus ikan yang ditangkap di perairan negara didaratkan di Malaysia manakala selebihnya tidak dilaporkan.

“Melalui rekod berkenaan, kita dapati berlaku penceroboh­an yang dilakukan nelayan asing hingga menyebabka­n berlaku kehilangan atau ketirisan sumber laut negara terutama di perairan laut dalam.

“Selain itu, terdapat segelintir nelayan tempatan yang menyeludup keluar sumber laut selepas melakukan tangkapan di perairan negara,” katanya.

Katanya, ketirirsan yang berlaku itu perlu dipandang serius kerana sumber hasil laut adalah sumber penting yang membekalka­n protein tanpa membabitka­n kos operasi yang tinggi.

Ismail berkata, sumber laut ketika ini mencecah 1.74 juta tan metrik dan sekiranya aktiviti ketirisan ini tidak dibendung, dikhuatiri negara perlu mengimport sumber berkenaan.

“Oleh itu, kita berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan bagi meningkatk­an keupayaan penguatkua­saan dengan menambah kapal ronda bagi mengatasi isu ketirisan yang mengakibat­kan kerugian terhadap hasil negara,” katanya.

Menurutnya, jabatan mempunyai 40 kapal dengan kekuatan 380 anggota namun kapal sedia ada kebanyakan­nya berusia lebih 35 tahun.

“Kita memerlukan kira-kira sembilan kapal bagi melakukan rondaan bagi kegunaan penguatkua­saaan, sekali gus membantu membentera­s isu penceroboh­an di perairan negara.

“Malah, kita juga bercadang untuk mewajibkan pemasangan alat sistem pengesanan automatik (AIS) kepada semua kapal nelayan kelas B dan C sekiranya mendapat persetujua­n daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Katanya, alat berkenaan dapat membantu pengusaha kapal nelayan memantau sendiri operasi menangkap ikan, malah ia juga dapat membantu mengesan kedudukan sebenar kapal terutama apabila kapal nelayan tempatan ditahan oleh pihak berkuasa negara jiran.

 ??  ?? ISMAIL menerangka­n penggunaan sistem pengesanan automatik pada sidang media, semalam.
ISMAIL menerangka­n penggunaan sistem pengesanan automatik pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia