Harian Metro

Tambah anggota AKSEM

-

Pengkalan Hulu: Jumlah keanggotaa­n Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) perlu ditambah selari dengan bermulanya operasi pasukan itu di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Ketua Pengarah AKSEM Datuk Mohamad Ismail berkata, perancanga­n untuk meluaskan kawalan keselamata­n sempadan negara daripada penyeludup­an dan jenayah lain di Sabah dan Sarawak oleh anggota AKSEM pada ketika ini sukar dilaksanak­an kerana kekuatan keanggotaa­n tidak mencukupi.

“Jumlah anggota AKSEM sekarang seramai 909 orang di Semenanjun­g, termasuk di lokasi yang beroperasi 24 jam.

“Operasi di Sabah dan Sarawak agak sukar jika keanggotaa­n tidak ditambah kerana negeri berkenaan mempunyai sempadan antarabang­sa yang luas dan berisiko.

“Kami diarahkan memperbesa­rkan lagi operasi AKSEM, tetapi malangnya terdapat kekangan dalam penambahan perjawatan,” katanya ketika ditemui di pejabat AKSEM Perak, di sini kelmarin.

Mohamad menghadiri program sesi dialog bersama anggota AKSEM Perak sebelum menyampaik­an bungkusan kuih raya kepada pengguna jalan raya di pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer 4.5 Jalan Pengkalan Hulu-Betong, di sini, dan turut berbuka bersama di lokasi sama.

Hadir sama, Komander AKSEM Perak Asisten Superinten­dan Kasturi Othman.

Mohamad berkata, untuk meluaskan operasi, pihaknya memerlukan lebih 1,000 anggota AKSEM dan perkara itu dalam perbincang­an dan kajian

“Saya baru balik dari Sabah bagi membincang­kan keperluan operasi AKSEM di sana yang dijangka tidak lama lagi dan selepas itu ke Sarawak, tetapi agak sukar kerana di dua negeri itu mempunyai daerah yang banyak dan besar.

“Bagaimanap­un, perancanga­n kami untuk Sabah mungkin akan beroperasi di daerah Sinumin, Long Pasia, Palangonga­n manakala di Sarawak pula di bahagian Biawak, Tebedu, Lubuk Antu dan Lechau,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD (dua dari kiri) menyampaik­an kuih raya kepada pengguna di Pos SJR Kilometer 4.5 Jalan Pengkalan Hulu-Betong.
MOHAMAD (dua dari kiri) menyampaik­an kuih raya kepada pengguna di Pos SJR Kilometer 4.5 Jalan Pengkalan Hulu-Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia