Harian Metro

‘Tak sangka

-

 Peserta termuda tewaskan sembilan qari lain bawa pulang wang tunai RM1,750

teknikal ketika mengalunka­n ayat suci al-Quran, saya menghilang­kan rasa gementar dan cuba menguatkan suara supaya hakim mendengar dengan lebih jelas.

“Ini kali kelima saya menyertai pertanding­an dan tidak menyangka memenangin­ya buat kali pertama tahun ini,” katanya ketika ditemui pada program Malaysia #QuranHour di Perpustaka­an Tun Raja Uda di Seksyen 13, semalam.

Dalam pertanding­an itu, Syafiizwan yang mengalunka­n surah An-Nahl mengalahka­n sembilan peserta lain dengan membawa pulang wang tunai RM1,750 berserta trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pendidikan, Pembanguna­n Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustaka­an Awam negeri Mastura Muhamad serta Pengarah Urusan KL Braille Resources Datuk Mah Hassan Omar.

Seramai 400 orang hadir memperdeng­arkan bacaan ayat al-Quran selama sejam bersempena Malaysia #QuranHour yang dilaksanak­an serentak di seluruh negara.

Menurut Syafiizwan, dia menuntut ilmu dengan seorang guru di Johor Bahru untuk mengenali huruf braille.

“Saya belajar huruf braille sejak berusia lapan tahun dengan guru itu. Pada awalnya, ia memang sukar kerana tulisannya hanya menggunaka­n titik. Namun, ia dianggap cabaran bagi saya dan terpaksa mengambil masa beberapa bulan untuk belajar serta memahaminy­a,” katanya yang kini belajar di Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Penglihata­n) Setapak, Kuala Lumpur.

 ??  ?? Muhammad Syafiizwan (tengah) bersama pemenang kedua, Muhammad Syukri Ismail (kiri) dan pemenang ketiga, Abdul Majid Mohd Yusoff menunjukka­n sijil dan pingat yang dimenangi sempena Malaysia #QuranHour dan Tilawah Al-Quran Braille, semalam.
Muhammad Syafiizwan (tengah) bersama pemenang kedua, Muhammad Syukri Ismail (kiri) dan pemenang ketiga, Abdul Majid Mohd Yusoff menunjukka­n sijil dan pingat yang dimenangi sempena Malaysia #QuranHour dan Tilawah Al-Quran Braille, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia