Harian Metro

Hasrat tercapai

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Walaupun cacat dan tidak boleh berjalan, seorang anak yatim berusia 13 tahun tetap rasa bersyukur hasrat untuk mencium tangan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Al Haj akhirnya tercapai.

Ini kerana Mohamad Iman Abdullah berpeluang menemui Tengku Amir Shah ketika menerima sumbangan Aidilfitri bersama anak yatim pada majlis di Masjid Jamek Ar Rahimah, kelmarin.

Mohamad Iman berkata, dia tidak pernah terlintas untuk bersalaman dan mencium tangan Raja Muda Selangor berikutan keadaan kakinya yang cacat akibat terbabit kemalangan ketika berusia enam bulan.

“Alhamdulil­lah, saya amat gembira kerana diberi kesempatan seumpama ini sambil didukung oleh ibu (Aisyah Abdullah, 35). Duit raya ini akan saya guna untuk membeli pakaian raya nanti,” katanya ketika ditemui, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Katanya, dia kini tinggal berdua dengan ibunya di Serendah selepas bapanya meninggal dunia akibat kemalangan, enam tahun lalu.

“Kehilangan upaya sejak kecil membataska­n pergerakan saya dan banyak dibantu oleh ibu,” katanya yang bersekolah dalam Pusat Pemulihan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) sudah menyalurka­n sumbangan berjumlah RM1.2 juta kepada anak yatim di seluruh negeri ini.

“Ia hasil sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan individu perseorang­an yang prihatin dengan nasib anak yatim,” katanya.

Walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) cacat penglihata­n sejak kecil, ia bukan halangan buat Mohamad Syafiizwan Mohd Suhaini, 17, untuk bergelar johan Tilawah Al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan 2017, semalam.

Dia yang juga peserta paling muda tidak menyangka memenangi pertanding­an itu berikutan bersaing dengan peserta lain lebih berpengala­man dan hebat.

“Biarpun ada kesilapan

 ??  ?? MOHAMAD Iman yang didukung ibunya, Aisyah mencium tangan Tengku Amir Shah pada majlis penyampaia­n sumbangan di Masjid Jamek Ar Rahimah, kelmarin.
MOHAMAD Iman yang didukung ibunya, Aisyah mencium tangan Tengku Amir Shah pada majlis penyampaia­n sumbangan di Masjid Jamek Ar Rahimah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia