Harian Metro

Sambut baik kolaborasi Proton, Geely

-

Kuala Lumpur: Negara anggota ASEAN dan China kini dalam jangkauan bagi Proton untuk memasarkan keretanya susulan perjanjian perkongsia­n strategik baru-baru ini dengan Geely Holding Group Co Ltd, China.

Ahli geostrateg­i, Dr Azmi Hassan berkata, satu perkara yang jelas sejak dari awal lagi ialah Geely menyasarka­n pasaran global kerana ia adalah model perniagaan­nya selama ini.

“Di peringkat awal lagi, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik sebagai gerbang masuk ke pasaran ASEAN.

“Geely yang turut memiliki Volvo dijangka mampu menjadi rakan strategik yang baik kepada Proton,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bersetuju terhadap pandangan bahawa ikatan perkongsia­n dengan Geely dalam mengharung­i pasaran kereta dunia yang kompetitif adalah peluang terbaik untuk Proton Holdings Bhd dalam sejarahnya.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd Datuk Seri Faisal Albar baru-baru ini berkata, Geely terbukti sebagai rakan kongsi yang komited dalam segala usaha, membantu setiap syarikat yang diperoleh kepentinga­n supaya pulih menggunaka­n tahap pelaburan yang bersesuaia­n serta suntikan besar dalam teknologi dan inovasi.

Dr Azmi berkata, dalam perniagaan pembuatan kereta, tidak masuk akal untuk penggiat bergerak bersendiri­an, terutama sekali bagi Proton yang sudah lama berjuang untuk hidup dengan menjual kereta terutama untuk pasaran domestik.

“Untuk membiarkan Proton terus menjual dalam pasaran tempatan saja akan menjurus kepada kehancuran­nya. Proton mesti mampu menguasai pasaran ASEAN terutama ketika halangan tarif dimansuhka­n dalam kawasan berkenaan. Saya nampak Geely menyasarka­n Malaysia melalui Proton untuk bertapak di ASEAN,” katanya. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia