Harian Metro

Jumlah pengguna bertambah 20%

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 iProperty.com Malaysia perkenal aplikasi carian mudah untuk hartanah

iProperty.com Malaysia, portal hartanah atas talian tempatan memperkena­lkan aplikasi mudah alih baru iProperty.com Malaysia yang menawarkan pengalaman carian hartanah yang lebih baik kepada pengguna di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty.com Malaysia dan Singapura Haresh Khoobchand­ani berkata, aplikasi itu tampil dengan wajah baru dan menghimpun­kan carian di mana maklumat pemaju dan hartanah disenaraik­an dalam satu carian.

“Sejak pra-pelancaran aplikasi ini Mei lalu, kami mencatatka­n peningkata­n 46 peratus daripada jumlah pelanggan pemaju dan 250 peratus klik di laman sesawang bagi pelancaran hartanah baru,” katanya pada pelancaran aplikasi iProperty.com Malaysia baru, di sini, semalam.

Aplikasi yang boleh didapati melalui platform Android dan iOS itu menawarkan carian lebih baik melalui penyediaan direktori baru, keupayaan pencarian khusus, sambungan terus kepada ejen dan pemaju serta kalkulator pinjaman.

Beliau berkata, aplikasi itu menerima maklum balas baik dan menyaksika­n bilangan pengguna meningkat kepada 20 peratus berbanding sebelum ini.

Menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia celik kepada teknologi dan menggunaka­n perkara terbabit bagi memenuhi permintaan dan keperluan dalam mendapatka­n hartanah masing-masing. “Pembelian hartanah adalah keputusan besar bagi setiap individu dan aplikasi ini diharap membantu mereka memberikan maklumat yang diperlukan sebelum pembelian hartanah dilakukan,” katanya.

 ??  ?? KHOOBCHAND­ANI (tengah) menunjukka­n aplikasi mudah alih iProperty.com.
KHOOBCHAND­ANI (tengah) menunjukka­n aplikasi mudah alih iProperty.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia