Harian Metro

Tambah cawangan

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Coolblog Dessert Sdn Bhd, pemegang francais rangkaian minuman dan pencuci mulut jenama Coolblog, menyasar untuk mencapai jualan RM30 juta hingga RM40 juta tahun ini.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan dan Latihan Coolblog Dessert, Nurul Ashikin Mohamed Aris berkata, unjuran berkenaan didorong rancangan penambahan sekitar 25 hingga 30 cawangan menerusi sistem perniagaan francais kepada pelabur yang berminat.

“Pakej francais yang ditawarkan untuk membuka seunit cawangan Coolblog berjumlah RM155,000 dan ia bergantung kepada saiz dan lokasi.

“Sehingga kini, Coolblog mempunyai 300 cawangan di seluruh Malaysia serta di Surabaya, Indonesia,” katanya.

Menurutnya, sasaran jualan juga kekal positif meskipun industri makanan dan minuman (F&B) masih berdepan cabaran ekonomi selain penurunan kuasa pembeli.

Dalam masa sama, Nurul Ashikin berkata, Coolblog

 Coolblog sasar jualan RM30 juta hingga RM40 juta tahun ini

turut memperkena­lkan produk baru iaitu Cool Kathira, minuman bersusu dengan campuran jeli kurma, jeli kathira, biji selasih dan pandan sempena Ramadan tahun ini.

Katanya, syarikat menyasarka­n untuk menjual sekurang-kurangnya 100,000 botol Cool Kathira sepanjang Ramadan ini.

“Kami menjangkak­an Cool Kathira bakal mendapat sambutan hangat apatah lagi selepas memperliha­tkan kejayaan menjual kira-kira 50,000 botol dalam tempoh seminggu ia diperkenal­kan,” katanya. Bagi meraikan Aidilfitri dengan lebih bermakna, Shell Malaysia menjalanka­n kempen sumbangan melalui setiap isian minyak yang dilakukan di mana-mana stesen Shell seluruh negara.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd & Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, bagi setiap liter minyak yang diisi di mana-mana stesen Shell seluruh negara pada 22, 23 dan 24 Jun ini (Khamis, Jumaat dan Sabtu), Shell akan mendermaka­n satu sen (RM0.01) kepada lima pertubuhan kebajikan yang terpilih di seluruh negara.

“Sumbangan ini akan memanfaatk­an kanak-kanak di bawah jagaan Pertubuhan MyKasih (Kuala Lumpur & Sabah),

(Pulau Pinang), Pertubuhan Perkhidmat­an Intervensi Awal (Johor Bahru), Kelab Balkis (Kelantan) dan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Sarawak).

“Dana ini akan digunakan untuk program pembanguna­n yang perlu bagi memastikan pembelajar­an kanak-kanak serta pembentukk­an kemahiran baru mereka terpelihar­a,” katanya.

Menurutnya, di Shell, misi yang diterapkan adalah untuk menambah nilai dalam perjalanan hidup rakyat Malaysia.

“Kami ingin meninggalk­an kesan positif terhadap komuniti terutama di lokasi yang terdapat stesen kendalian kami. Kami berpendapa­t perhatian segera perlu diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Oleh yang demikian, kami ingin menyumbang kepada usaha program yang sedia ada. Kami berharap ini akan mendorong orang lain untuk turut berbakti kepada masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Tumpuan Kempen Amal Raya Shell 2017 sejak penubuhann­ya dua tahun lalu adalah untuk memperluas­kan tahap keupayaan kanak-kanak kurang bernasib baik.

 ??  ?? NURUL Ashikin menunjukka­n minuman baru, Cool Kathira.
NURUL Ashikin menunjukka­n minuman baru, Cool Kathira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia