Harian Metro

Empat banduan, 1 dari Malaysia, lari dari jel di Bali

-

Denpasar: Empat banduan warga asing melarikan diri dari Penjara Kerobokan di Bali menerusi terowong.

Kejadian itu disahkan semalam oleh ketua penjara berkenaan.

Pegawai berkata, pengawal penjara menyedari kejadian itu ketika melakukan pemeriksaa­n pagi semalam.

Keempat-empat banduan berkenaan melarikan diri menerusi lubang 50 x 70 sentimeter yang digali di belakang klinik penjara yang bersambung pada terowong berair sepanjang 15 meter menuju ke jalan raya utama di luar penjara yang terletak di Denpasar itu.

Menurut polis, empat banduan itu ialah warga Australia, Shaun Edward Davidson, 33, rakyat Bulgaria, Dimitar Nikolov Iliev, 43, warga India, Sayed Mohammed Said, 31, dan rakyat Malaysia Tee Kok King, 50.

Ketua penjara, Tonny Nainggolan berkata, Davidson yang berasal dari Perth hanya tinggal tiga bulan untuk menamatkan hukuman penjara setahunnya. Dia dipenjara kerana kesalahan imigresen.

Iliev pula menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana kesalahan penggubaha­n wang haram serta satu kes lain sementara Said dan Tee didapati bersalah dalam kes dadah dan masing-masing dihukum 14 dan tujuh tahun penjara.

Kejadian banduan lari dari penjara adalah perkara biasa di Indonesia.

Kesesakan menjadi masalah utama di penjara di negara itu, kesan daripada kekurangan pembiayaan dan peningkata­n pesalah dadah yang ditahan.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia berkata, gerakan mencari keempat-empat banduan berkenaan masih dilakukan. - Agensi

 ??  ?? SEORANG pengawal penjara memeriksa lubang di luar penjara tempat banduan itu keluar melarikan diri. - Agensi
SEORANG pengawal penjara memeriksa lubang di luar penjara tempat banduan itu keluar melarikan diri. - Agensi
 ??  ?? SHAUN EDWARD DAVIDSON
SHAUN EDWARD DAVIDSON
 ??  ?? TEE KOK KING
TEE KOK KING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia