Harian Metro

Tentera Filipina rampas dadah di Marawi

-

Tentera Filipina menemui dadah methamphet­amine bernilai antara RM8.6 juta dan RM21.4 juta ketika membersihk­an kawasan yang pernah diduduki anggota militan di bandar ini, kata pegawai semalam.

Ia meningkatk­an kepercayaa­n bahawa militan berkenaan dibiayai perdaganga­n narkotik.

Sebelas beg syabu, nama tempatan bagi methamphet­amine ditemui kelmarin di samping empat raifal di dapur sebuah rumah dua tingkat yang dipercayai diduduki anggota kumpulan militan Maute.

“Ini mengukuhka­n siasatan kami bahawa militan itu menggunaka­n dadah haram,” kata pemerintah tentera Mindanao, Mejar Jeneral Carlito Galvez.

Presiden Rodrigo Duterte yang melancarka­n peperangan terhadap dadah selepas mula berkuasa kira-kira setahun lalu berkata sebelum ini, militan Marawi dibiayai tauke dadah di Mindanao.

Pertempura­n di Marawi meletus pada 23 Mei selepas serangan pasukan keselamata­n terhadap tempat persembuny­ian militan Maute di bandar berkenaan gagal. Ia diikuti dengan tindakan kumpulan bersenjata yang bersumpah taat setia kepada Daish bertindak menawan jambatan dan bangunan serta menahan tebusan.

Pertempura­n selama hampir empat minggu itu menyebabka­n hampir 350 orang terbunuh, 257 daripadany­a militan, 62 askar dan 26 orang awam.

Tentera berkata, militan berkenaan memang sudah membuat persiapan untuk menghadapi kepungan yang berpanjang­an apabila mereka didapati mengumpulk­an senjata dan makanan di dalam terowong dan masjid.

Wang tunai dan cek berjumlah kira-kira AS$1.6 juta (RM6.8 juta) juga ditemui awal bulan ini di satu kawasan yang ditinggalk­an militan berkenaan.

Jurucakap tentera, Jo-Ar Herrera memberitah­u sidang akhbar semalam, kumpulan militan di

Marawi juga menggunaka­n dron komersial untuk mengawasi pergerakan tentera. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia