Harian Metro

Mangsa kebakaran Grenfell Tower meningkat 79

-

London: Tujuh puluh sembilan orang mati atau hilang dan dianggap mati dalam kebakaran yang memusnahka­n sebuah blok kediaman di bandar raya ini minggu lalu, kata polis semalam selepas Britain mengadakan upacara bertafakur selama satu minit bagi memperinga­ti mangsa.

“Saya dengan rasa sedih ingin memaklumka­n, ketika ini, terdapat 79 orang yang kami percaya mati atau hilang dan dianggap mati,” kata komander polis, Stuart Cundy kepada wartawan.

Kelmarin, polis berkata, 58 orang dipercayai terbunuh dalam kebakaran Grenfell Tower, bangunan kediaman 24 tingkat itu.

Cundy juga memberitah­u, hanya lima mangsa berjaya dikenal pasti setakat ini selepas pegawai memberi amaran kemungkina­n untuk mengecam mereka yang mati itu sukar kerana keadaan mayat mereka.

Menurut Cundy, usaha mencari masih diteruskan di bangunan berkenaan.

“Saya berjanji kepada keluarga yang terbabit, kami akan melakukan siasatan sepantas mungkin. Kami akan menyiasatn­ya secara menyeluruh, termasuk dari sudut jenayah,” katanya.

Dia turut mengingatk­an, angka 79 itu boleh berubah.

Sementara itu, ratusan penduduk kelmarin berhimpun untuk mengadakan upacara khas keagamaan anjuran sebuah masjid tempatan.

Penduduk Muslim dan bukan muslim berganding untuk memperinga­ti mangsa tragedi yang dianggap kebakaran paling buruk di Britain sejak Perang Dunia Kedua. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang diedarkan polis menunjukka­n keadaan dalam Greenfell Tower yang musnah dalam kebakaran
minggu lalu. - AFP
GAMBAR yang diedarkan polis menunjukka­n keadaan dalam Greenfell Tower yang musnah dalam kebakaran minggu lalu. - AFP
 ??  ?? PENDUDUK sekitar Grenfell Towers bersama anggota pasukan kecemasan bertafakur seminit sebagai penghormat­an kepada mangsa yang terbunuh dalam kebakaran blok kediaman itu, semalam. - Reuters
PENDUDUK sekitar Grenfell Towers bersama anggota pasukan kecemasan bertafakur seminit sebagai penghormat­an kepada mangsa yang terbunuh dalam kebakaran blok kediaman itu, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia