Harian Metro

‘Serah diri atau mati’

-

Mosul: Pihak berkuasa Iraq menggugurk­an risalah di Mosul memberi amaran supaya orang awam tidak keluar dari kediaman masing-masing selain mengarahka­n anggota Daish menyerah diri selepas melancarka­n serangan untuk menawan semula Kota Lama Mosul.

Tentera Iraq pada Ahad lalu melancarka­n serangan untuk menawan semula kota lama - daerah terakhir Mosul yang masih dikuasai Daish selepas pertempura­n sejak beberapa bulan lalu.

Komander tentera berkata, kumpulan militan itu masih melawan dan keadaan amat membimbang­kan untuk lebih 100,000 orang awam yang masih terperangk­ap di situ.

Lewat Ahad lalu (waktu tempatan) tentera Iraq menggugurk­an hampir 500,000 risalah, memberi amaran mereka sudah memulakan serangan dari semua sudut.

Risalah itu menggesa orang awam mengelak tempat terbuka dan mengambil kesempatan melarikan diri ketika pertempura­n.

Tentera Iraq turut menyediaka­n Humvee di Masjid Besar di timur Mosul yang dimuatkan pembesar suara dengan pesanan berulang kali bahawa “tentera Iraq akan menamatkan penderitaa­n anda.”

Pesanan turut diumumkan untuk Daish dengan amaran mereka mempunyai pilihan untuk menyerah diri atau mati.

Operasi di Kota Lama Mosul menjadi kemuncak kempen ketenteraa­n yang dilancarka­n sejak beberapa bulan lalu dalam usaha askar Iraq menawan semula kubu kuat terakhir Daish di negara itu. - AFP

 ??  ?? SEORANG anggota tentera Iraq berjalan di celah runtuhan bangunan ketika mereka mara ke Bandar Lama Mosul, semalam. - AFP
SEORANG anggota tentera Iraq berjalan di celah runtuhan bangunan ketika mereka mara ke Bandar Lama Mosul, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia