Harian Metro

Qatar akan dipencil beberapa tahun

-

Tindakan memencilka­n Qatar oleh negara jiran Arabnya mungkin berlarutan selama beberapa tahun, kata seorang menteri Emriah Arab Bersatu (UAE).

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar dua minggu lalu serta bertindak menutup sempadan darat dan laut di samping mengenakan sekatan ruang udara selepas menuduh negara itu menyokong keganasan.

Menteri Luar UAE, Anwar Hargash memberitah­u wartawan di Paris, penyelesai­an tidak boleh dicapai sehingga Qatar menghentik­an sokongan terhadap ‘pelampau Islam.’

“Mereka membina podium canggih untuk militan dan pelampau. Kami mengambil kesempatan terhadap peluang keemasan untuk memusnahka­n sokongan itu,” kata Anwar.

Dia juga menggesa negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Britain mengawasi sebarang persetujua­n dengan Qatar bagi memastikan mereka tidak bekerjasam­a dengan militan dan pelampau.

Sementara itu, Qatar mengadakan latihan tentera dengan askar Turki semalam.

Stesen televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman latihan itu dan berkata, tentera Turki tiba di Qatar Ahad lalu untuk latihan berkenaan.

Turki ialah satu-satunya negara berpengaru­h di Asia Barat yang menyokong Qatar selepas Arab Saudi dan sekutunya mengisytih­arkan Doha menyokong keganasan dan bertindak memutuskan hubungan dengan negara itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia