Harian Metro

Al-Jufferi sedia pertahan emas J

- BERNAMA

uara silat dunia 2016, Mohd Al-Jufferi Jamari mahu berdepan pesilat dari Indonesia, Thailand dan Vietnam pada saingan pencak silat di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dari 19-30 Ogos ini.

Al-Jufferi, 25, yang melakar sejarah muncul pesilat pertama dunia meraih gelaran hatrik berkata, pesilat dari tiga negara itu menjadi pilihannya dalam melaksanak­an misi memburu pingat emas keempat berturut-turut pada temasya dwitahunan itu.

“Kalau ikutkan semua yang bertanding adalah saingan yang saya ingin tumbangkan. Tapi, pesilat dari Vietnam, Indonesia dan Thailand menjadi keutamaan saya,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di sini, kelmarin.

Turut hadir Presiden PESAKA, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agungnya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang menyampaik­an wang sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim.

Menurut Al-Jufferi yang dinobat sebagai Olahragawa­n Kebangsaan 2015, pesilat dari Indonesia, Komang Harik Ai Putra yang juga seteru lamanya dalam kancah persilatan adalah antara individu yang paling ingin menumbangk­annya pada temasya itu nanti.

“Dikhabarka­n dia (Komang) akan bertanding dan saya tahu dia akan meneruskan niat untuk mengalahka­n saya kali ini,” katanya.

Bagaimanap­un, dia yang bertanding dalam Kelas Putra E (65-70kg) mengakui berada dalam keadaan terbaik serta menyifatka­n tiada sebarang tekanan dihadapiny­a menjelang KL2017.

“Bagi saya tiada tekanan untuk saya kerana anugerah serta gelaran yang diberikan Majlis Sukan Negara (MSN) dan PESAKA dalam beberapa tahun ini menguatkan lagi semangat saya untuk berjuang mempertaha­nkan pingat emas,” katanya.

Al-Jufferi dan srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir akan mengetuai cabaran 26 pesilat negara pada KL2017 Ogos ini dengan PESAKA meletakkan sasaran lapan pingat emas daripada 20 yang ditawarkan.

 Pesilat negara tak gentar cabaran lawan

 ??  ?? AL-JUFFERI (kanan) tekad buru emas keempat temasya Sukan SEA.
AL-JUFFERI
AL-JUFFERI (kanan) tekad buru emas keempat temasya Sukan SEA. AL-JUFFERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia