Harian Metro

Wakili negara ke Sweden

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

 SMK Za’ba lakar sejarah empat kali juara kejohanan Piala Gothia

Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba, Kuala Pilah melakar sejarah tersendiri apabila buat kali keempat dalam tempoh enam tahun terpilih mewakili negara ke kejohanan bola sepak Piala Gothia di Sweden, bulan depan.

SMK Za’ba dipilih ke kejohanan tahunan berprestij itu selepas mengetepik­an SMK Dato’ Abdul Samad Tanjung Ipoh 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada final di padang SMK Za’ba, baru-baru ini.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh perlawanan sebenar.

Kemenangan itu menyaksika­n SMK Za’ba berjaya menjulang Piala Gothia dan akan mewakili negara ke acara kemuncak di Sweden dari 16 hingga 22 Julai ini.

Jurulatih SMK Za’ba Mazwan Mansur berkata, beliau tidak menyangka pasukan bimbingann­ya mampu mencipta kejayaan kali ini selepas kali terakhir layak beraksi di Sweden pada 2015.

Menurutnya, meskipun hanya sempat berlatih dalam tempoh singkat kerana jadual persekolah­an yang padat, tetapi ia tidak mematahkan semangat pemain untuk mengekalka­n kecemerlan­gan ketika beraksi di atas padang.

“Kami akan membuat persiapan rapi dan berlatih bersunguh-sungguh untuk memastikan persembaha­n cemerlang ketika di Sweden nanti.

“Ini kerana ada lebih 160 pasukan dari seluruh dunia berhimpun di sana bagi merebut Piala Gothia,” katanya.

Pada perlawanan itu, Raja Faris Ridhwan meletakkan SMK Dato’ Abdul Samad di depan seawal minit keempat tetapi disamakan oleh Muhammad Amri Mohd Rosli pada minit ke-60 bagi memaksa perlawanan berlanjuta­n ke penentuan sepakan penalti.

SMK Za’ba membawa pulang wang tunai RM2,000, piala pusingan, peruntukan pakaian sukan serta geran penajaan ke Sweden bernilai RM200,000.

Sementara itu, sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan anjuran syarikat SKF Nilai yang diperkenal­kan sejak 10 tahun lalu dan mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Antara sekolah yang terbabit adalah SMK Tunku Besar Tampin, SMK Dato’ Sedia Raja, SMK Bukit Kepayang, SMK Seri Ampangan, SMK Pendeta Za’ba, MRSM Kuala Klawang, SMK Tunku Besar Burhanuddi­n, SMK Tunku Ampuan Durah, SMK Dato’ Abdul Samah, Port Dickson dan SMA Haji Mohd Yatim, Kota.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Ketua Unit Sukan JPNS, Ahmad Shukre Hassan.

 ??  ?? PEMAIN dan guru SMK Za’ba ceria selepas menjulang Piala Gothia 2017.
PEMAIN dan guru SMK Za’ba ceria selepas menjulang Piala Gothia 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia